VIRAL: Remaja Mati Terkena Kerusi Dibaling Dari Bangunan


Satiswaran, remaja berumur 15 tahun meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam semalam akibat cedera teruk dibahagian kepala, ditimpa kerusi pejabat yang dibaling dari atas bangunan.

Ini merupakan kes kematian seorang remaja akibat ditimpa kerusi yang dipercayai dibaling dari tingkat 21 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, malam semalam.

Sumber berkata, suspek-suspek berkenaan merupakan sekeluarga yang tinggal di salah sebuah unit di blok berkenaan yang juga jiran kepada nenek mangsa.

Menurutnya, keterangan diambil susulan maklumat daripada ahli keluarga mangsa yang pernah melihat kerusi berkenaan berada di luar unit rumah berkenaan.

Mendiang ketika itu bersama ibunya pulang dari kedai melalui kawasan bawah blok.

Dalam pada itu, urusan membawa balik mayat mendiang ke rumah ditingkat 16 malam tadi terganggu akibat kerosakan lif di blok berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini