Posts

Showing posts with the label cerita lawak

Mencari Seorang Yang Pemalas

Image
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "Saya adalah yang paling malas." Raja pun bertanya: "Apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "Sampai mana pulak tahap malas awak?" Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam... Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "Saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" Budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas..."

Membeli Belah Pakaian Raya Dengan Isteri

Image
Lebih baik dduk luar kedai, jadi tiang, menunggu dr ikut dia shopping... Percayalah... Tiap2 kali shopping, saya akan masuk dlm kedai sekali dgn wife, belek2 baju, tudung, jubah dan apa saja yg dia nak utk pakai raya... "Ayg, warna ni lawa, nmpk lembut ja" Ramai org pakai warna tu, xmau la... "Ni, warna ni ayg xde lagi dlm almari" Ayg xminat warna tu... "Haa, yg ni cantik, design dia nmpk uptodate" Mahal, xpadan dgn design... "Yg ni plak, harga ok, design ok, warna ayg selalu pakai" Susah nak cari tudung matching dgn warna tu... SEMUA CADANGAN DITOLAK. "Abg, jom p kedai sebelah, kedai ni xde yg ayg berkenan" Saya tgok atas bawah, kiri kanan struktur dalaman kedai tu, beratus2 baju, berpuluh2 jenis design dan warna ADA, tapi xde satu pun dia berkenan?!! Habis satu lorong kita tawaf dgn dia, pastu dia cakap, "Abg, jom p kedai MULA2 TADI..." WHAT!!! Sabar daus, sabar...Allah tgh menguji kau daus... Mcm tu la kaum isteri kita klu

CERITA LAWAK: Hadiah Harijadi

Image
Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop! Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu. Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie : Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu, Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kala

Para Suami Sekalian, Anda Di Tahap Mana?

Image
Level kebenaran khas kepada para suami oleh isteri tercinta... Novice Hubby, "Yang, boleh tak saya main bola Sabtu minggu depan?" Beginner Hubby, "Ayang, kawan ajak main bola Sabtu ni, boleh tak saya join?" Intermediate Hubby, "Ayang, Abg terpaksa main bola Sabtu ni tak cukup player." Advance Hubby, "Sabtu ni Abg ada bola. Awak pegi lah shopping dengan anak². Nah ni duit." Mahaguru Wife, "Abg ada bola kan minggu ni." Hubby, "Ya." Maulana Wife, "Abg kat mana ni?" Hubby, "Padang bola. Kenapa?" Wife, "Ok, takde apa². Enjoy the game ya Abg."

CERITA LAWAK: Ragam Balik Kampung

Image
Ada sepasang suami isteri dalam perjalanan balik ke kampung, mereka telah bergaduh... Sepanjang perjalanan. Mereka langsung tidak bercakap... Kemudian mereka memandu melalui kawasan hutan yg penuh dgn monyet2 yg sedang berkeliaran... Si suami menjeling isterinya sambil berkata dgn penuh sinis: "Saudara awak ke?"... Lalu si isteri menjawab dgn penuh selamba: “A'ah, sebelah mentua.." 😝😝😝🤣🤣🤣

CERITA LAWAK: Teman Sejati

Image
Selamat Bertemu Dalam Rancangan Ceritaku-Ceritamu... Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang India... Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit Brader" Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan. Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala "Titanic". Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai. Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan

CERITA LAWAK: Keputusan Exam

Image
Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa. Isteri memberi aku segelas air. Anak lelakiku pula menghulurkan sehelai kertas.📄 English    17 /100 BM            35/100 Agama     45/100 Sejarah    48/100 Geografi  38/100 Maths      40 /100 Science    37/100 Kesusasteraan 34/100 Lukisan    28/100 Aku mula hilang sabar 😤😤😤😡😡😡 "Apa ni?  Asyik henfon dan tv! Inilah jadinya. Berani kautunjuk result engkau yg teruk ni?" 😡😡😡 Isteriku cuba menyampuk, "Sabar. Dengar dulu ..." Aku lantas menjawab, "Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu." Isteriku mencelah : "Oh, salah anjalah?" Aku berkata, "Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu." Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata, "Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni." *"Ini kad laporan sekolah ayah dulu."* 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini

Image
Dua orang suami 'geng takut bini' tengah bersembang di tepi pagar rumah sebelum masuk maghrib... Suami 1: Semalam bini aku suruh aku basuh kain. Aku apa lagi...tengking dia balik la. Suami 2: Wow...hebat kau. Apa yang kau tengking bini kau tu? Mesti dia takut tak ingat kan... Suami 1: Aku jerit kuat-kuat. "SABUN MANA !!! ?". Padan muka bini aku. Ingat kita takut ke. Suami 2: Cetttt....pooodahhh...

CERITA LAWAK: Info Saman JPJ

Image
Mulai 30/2/18 senarai kesalahan dan saman dan adalah seperti berikut: 1.menghalang keta lain memotong rm300. 2.memandu perlahan di lorong kanan rm150. 3. Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau dan lain2 objek rm100 4. Isi minyak tidak matikan enjin rm100. 5. MABUK semasa memandu rm2000/penjara 6bulan 6.cermin gelap rm500/penjara 2minggu 7. Guna hp semasa memandu rm300 8. Tak pasang seat belt rm300 9. memandu van/ lori lebih 8jam rm150 10. Tiada side mirror rm100 11. Bernafas ketika memandu rm400 12. Tidak senyum ketika memandu rm150 13. Muka serius ketika memandu rm500/penjara 1minggu 14 .dgr radio dalam keta 7 thun penjara 15.bawak keta gune gear 1 denda rm3000/penjara seumur hidup 16.membawa kereta kurang 20kmh penjara 3 bulan 17.tdk gosok gigi ketika memandu penjara 8bulan 18.kentut ketika memandu hukum gantung 19.tekan hon 2x denda rm150 20.kereta tinggi boleh masuk kucing dlm fender akan disita. 21.kacuk bumper depan...dapat br1m seumur hidup 22.korek idung ketika memandu...msu

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

Image
+ Hj Anuar created group "Jiran-jiran Lorong 9" + Hj Anuar added Leha Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dlm group ni? Hj Anuar : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni. Abg Djin : Hi Leha. Lebai Osman : Morning Leha. Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk? Hj Anuar : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow. Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes? Leha : Tak suka la group ni. Lebai Osman : Kami nak berukwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni. Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada. Abg Djin: Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer. Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan. Lebai Osman: Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support. Leha : Bagi Leha jadi Admin bang haji Leha change to Admin Leha added Kak Siah Abg Djin left Leha added Siti Salamiah Lebai Osman left Leha added Ustazah Kamariah Hj Anuar left Abg Jai left Ustazah Kamariah : Group apa ni L

CERITA LAWAK: Ehwan dgn 100 ekor ayam

Image
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee. Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan... Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)." Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !" Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak ap

CERITA LAWAK: Bertuah punyer Boboi!

Image
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia... "mak..boboi nak kencing!!!". Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi, "Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham. Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Boboi nak nyanyi!!". Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, n

CERITA LAWAK: Sayangkan isteri

Image
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya te

CERITA LAWAK: Tiga kali je..

Image
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana bol

CERITA LAWAK: Kanggaru

Image
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki. Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu. Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, ke

CERITA LAWAK: Ingat!, Seperti Bom Tangan

Image
Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali. "Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ''foam''nya." terang pegawai itu lebih lanjut. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta. Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

CERITA LAWAK: Dot Pi Dot Mai

Image
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"...

Cerita Lawak: Banglasia

Image
4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia.. Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkan rokok.. Semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata ” its ok.. too many DOLLARs in Amerika,”... Tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal di dunia.. Dibakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. Tersentak dengan tindakan si Kongo, si Amerika bertanye, “why??,”.. Si Kongo menjawab, ”There is too many cigars in Kongo”.. Si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td.. Belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. Dengan slamber berkata “nevermind.. Its too many Bangla in Malaysia" ....'

CERITA LAWAK: Malu Sesangat

Image
Seorang wanita muda telah ter''bersalin'' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!

CERITA LAWAK: Nenek Oh Nenek

Image
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator. Nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."