CERITA LAWAK: Si Dul


Si Dul berusia 9 tahun. Keluarganya miskin. Dia perlu RM300 untuk beli seragam sekolah. Suatu hari si Dul ambil keputusan mengirim poskad sama Tuhan minta diberikan RM300. Al-maklum, pemikiran anak kecil!

Para posmen di post-office kesian sama si Dul apabila terbaca poskadnya, lalu mereka kemukakan poskad itu kepada ketua kampung tempat si dul tinggal. Ketua kampung pun merasa kesian sm si Dul, lalu memutuskan dia sendiri akan menderma dan mengirim RM200 kepada si Dul. Ketua kampung sengaja menulisnya sebagai 'pemberian dari Tuhan'.

Gembira betul si Dul mendapat kiriman RM200 itu. Oleh karna si Dul pikir itu betul-betul pemberian direct dari Tuhan, dia pun menulis surat lagi untuk mengucapkan terima kasih sama Tuhan. Berikut bunyi surat si Dul:

"Ya Tuhan .. terima kasi atas kiriman wang yang sudah saya terima. Cuma .. lain kali jangan dikirim melalui ketua kampung. Sudah dia ngap RM100! Biasa dia itu!"

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini