Artis Berpangkat Dato Ditangkap Polis Hari Ini
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu berkata, ‘Datuk’ berusia 37 tahun itu telah menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.
“Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long.
Ekoran kejadian itu, pelakon dan pengarah terbabit terus ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.
“Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.
“Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak,” katanya.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Farid Kamil Ditahan Polis
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Comments
Post a Comment