UNTUK IBU BAPA: Cara Tampal Lencana Sekolah Mudah Dan Kemas


Antara perkara tahunan yang perlu dihadapi oleh para ibu dan bapa adalah menampal lencana sekolah pada baju anak.
Nak jahit sendiri, tak susah mana pun sebenarnya, tapi ianya remeh dan leceh.
Apa kata, tahun ini, kita cuba pula cara ini.
Bahan bahan yang diperlukan:
1. Lencana dan tag nama
2. Baju sekolah
3. Gam UHU
4. Seterika
5. Potongan Kadbod
6. Kain yang sedikit basah
Cara caranya:
1. Letakkan potongan kadbod di dalam poket baju
2. Sapukan Gam UHU di belakang lencana dan tag nama
3. Letakkan Lencana dan tag nama di tempat yang nak di tampalkan - di atas poket
4. Letakkan kain yang sedikit basah di atas lencana dan tag nama
5. Seterika di atas kain tersebut selama 2 minit
6. Siap.
Lencana dan tag nama akan melekat pada baju walaupun dibasuh dengan mesin basuh.
Cubalah..
Kopi Pasta dari FB @Nanie Sali

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini