Penjawat awam skim pencen. Kiraan pencen hanya 3/5 atau 60% dari gaji hakiki dan mesti cukup khidmat 30 tahun. Kalau kurang 30 dapat kurang dari 60% laa. Khidmat 35 tahun tetap juga 60%. Bayangkan gaji hakiki akhir RM5k. Jadi pencen yg diterima hanya RM3k. Selain itu, ada lagi ganjaran penjawat awam akan dapat iaitu ganjaran perkhidmatan atau ganjaran terbitan. Apa beza antara Ganjaran Perkhidmatan dan Ganjaran Terbitan? a) Ganjaran Perkhidmatan - Bayaran sekaligus kepada anggota/pegawai yang bersara sama ada bersara wajib atau bersara pilihan. b) Ganjaran Terbitan - Bayaran sekaligus kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa apabila meninggal dunia dalam perkhidmatan. Formula adalah sama iaitu: 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji hakiki bulanan akhir Contoh : Gaji akhir : RM6500 Elaun tetap : RM500 (tak kira) Tempoh khidmat : 360 bulan (tiada had maksimum) 7.5% x 360 x 6500 = RM175, 500 Tu anggaran kiraan. Kalau meninggal atau bersara awal, ambil gaji akhir dan tempoh khidmat. Jadi g...
Contoh surat terima lantikan dari SPA Haritu ramai juga bertanya mengenai SPA. Malam ini baru sempat nak update maaf semua. Sebelum itu untuk mereka yang first time dengar SPA maksudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 😊 Permohonan SPA boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Tidak semestinya anda kena ada degree then baru boleh apply SPA. 😉 Bagi anda yang ingin bekerja sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk menjawat dalam perkhidmatan awam. Apa yang anda perlu buat adalah isikan maklumat lengkap dan boleh membuat pendaftaran SPA8i di portal rasmi SPA. Sis ajar dulu cara isi borang permohonan: 👇 Berikut adalah cara mengisi borang permohonan SPA menerusi atas talian (online) seperti di bawah; 1. Layari ke laman web SPA8i dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pemohon Pekerjaan SPA. 2. Daftar akaun SPA dan login akaun tersebut untuk mengisi borang maklumat pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengisi...
Comments
Post a Comment