Posts

Showing posts with the label artis

Iruttu (2019)

Image
Iruttu (2019) Tamil 2h12min Rating⭐️ 5.3/10 IMDb Hardsub Malay Cast: Sundar C., Sai Dhanshika, Vimala Raman, Sakshi Choudhary, Yogi Babu, Shaji Chen Genre: Drama, Mystery Sinopsis: Ceritanya bermula di sebuah bandar, tepat jam 12 tengah hari, tiba-tiba bandar itu bertukar menjadi gelap seperti malam dalam beberapa minit. Fenomena aneh ini, pada mulanya hanya sekadar menimbulkan tanda tanya sahaja, lama-kelamaan menjadi mimpi ngeri penduduk di situ, setelah mengetahui ada beberapa orang akan mati dibunuh dengan dasyat ketika fenomena itu berlaku. Tak cukup dengan pembunuhan ngeri itu, inspektor yang menyiasat kes ini juga ditemui mati bunuh diri. Chezhiyan telah ditugaskan sebagai pegawai polis baru di bandar berkenaan. Dia turut membawa isteri dan anaknya berpindah kesana. Dapatkah Chezhiyan merungkai misteri yang berlaku?

Mafia Chapter 1

Image
Kisah Aryan dari Biro Narkotik cuba memerangi pengedaran dadah di Tamil Nadu. Sukar untuk dia mendapatkan maklumat berikutan sindiket itu berselindung dengan kulit luaran yang nampak 'suci lagi murni'.   Dan Aryan menghadapi halangan dan cuba mengatasi musuhnya yang lebih licik dari yang di sangka.  Berjayakah dia? . Kategori: Boleh layan . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/3aZDFLj

HIT The First Case

Image
HIT : THE FIRST CASE (2020) Telugu HD Genre : Suspense Thriller Cast : Vishwak Sen, Ruhani Sharma, Murli Sharma. Apabila menonton sebuah filem thriller suspen melibatkan misteri pembunuhan.. Lazimnya kita akan meneka2 siapa pelakunya berdasarkan cantuman kepingan puzzle yang hilang..Dan berteka teki siapakah villain sampai ke penghujung adalah satu kepuasan..betul tak? Vikram, seorang polis dari unit HIT (Homicide Intervention Team) hanya memerlukan masa kurang dari 5 minit untuk menyelesaikan dua kes yang berasingan. Ini menunjukkan betapa bijaknya dia dalam menyelesaikan sesuatu kes. Disebalik kebijaksanaannya, Vikram sebenarnya sukar bekerja dengan tenang kerana mengalami ganguan mental akibat trauma akan satu insiden hitam dimasa lalu. Rentetan itu, dia memohon cuti 6 bulan untuk dia keluar dari masalah yang dihadapi. Seorang gadis remaja telah hilang ketika kenderaanya rosak di highway dan SI yang menyiasat kes ini telah digantung akibat kecuaian. Dua bulan kemudian Vikram mendapa

Seven 7 Telugu (2019)

Image
Cerita dimulakan dengan babak di balai polis apabila  dua wanita iaitu Ramya dan Jenny yang datang membuat aduan tentang kehilangan suami mereka masing-masing. ACP Prakash (Rahman) yang megendalikan kes ini mendapati kedua-dua wanita ini sedang mencari orang yang sama iaitu suami mereka yang bernama Karthik. Tak lama kemudian seorang lagi wanita, Priya datang ke balai dengan aduan yang sama dan ACP Prakash mendapati suaminya juga adalah Karthik. Prakash menyimpulkan ini melibatkan kes penipuan dan mahu segera menangkap Karthik. Bagaimanapun, twist berlaku apabila lelaki yang mereka cari sebenarnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Sebagai polis, Prakash menolak teori bahawa Karthik adalah roh hantu dan yakin bahawa dia penipu besar... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2Wcf40r

James Bond Telugu

Image
Filem ini mengisahkan tentang Nani seorang lelaki yang penakut dan bekerja sebagai jurutera perisian. Bullet(heroin) adalah mafia Don di Dubai. Ibunya tidak tahu mengenai pekerjaan Bullet. Bullet terpaksa kembali ke India apabila ibunya jatuh sakit. Harapan terakhir ibunya adalah untuk melihat Bullet berkahwin. Nani jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Bullet ketika dia mengunjungi sebuah kuil yang memakai pakaian tradisional. Cerita lain adalah mengenai apa yang berlaku apabila si pengecut seperti Nani berkahwin dengan seorang gadis gangster tanpa mengetahui siapa isterinya yang sebenarnya... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2SgRD54

Gretel And Hansel

Image
Filem ini mengisahkan tentang Gretel adalah seorang gadis berusia 16 tahun. Dia bersama adiknya yaitu Hansel pergi ke sebuah hutan. Mereka membantu orang tuanya untuk bekerja dan mencari makanan. Dengan diterangi sebuah lampu minyak tanah, perjalanan mereka terhenti di sebuah rumah kecil di tengah hutan yang terlihat aneh. Rumah itu konon adalah milik penyihir bernama Holda. Sang penyihir itu menyajikan berbagai makanan untuk Gretel dan Hansel namun dia sangat mencurigakan sebab kabarnya penyihir ini gemar memakan anak-anak... Kisah seterusnya saksikanlah movie kali ini... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2SgjO4g

3 Idiots

Image
Dua sahabat mencari sahabat lama mereka yang hilang. Mereka melawat semula hari-hari kolej mereka dan mengingat kenangan kawan mereka yang memberi inspirasi kepada mereka untuk berfikir dengan cara yang berbeza, walaupun semua orang memanggil mereka sebagai "3 idiots". #INFO‼️ Filem ini memenangi enam Anugerah Filmfare termasuk Filem Terbaik dan tiga Anugerah Filem Kebangsaan termasuk Filem Popular Terbaik . Di luar negara, ia memenangi Hadiah Utama di Anugerah Videoyasan Jepun sementara dicalonkan untuk Filem Bahasa Asing Terbaik yang Cemerlang di Anugerah Akademi Jepun dan Filem Luar Negeri Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Beijing di China. . Pelakon Utama: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani, Mona Singh, Omi Vaidya . Genre: Drama, Comedy . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/3bNiQEb

Papanasam - Kamal Haasan

Image
Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan kabel TV, Suyambu Lingam, yang meniaga di kawasan kampung pedalaman. Dia tinggal bersama isteri dan dua anak perempuannya. . Minatnya hanya menghabiskan masa di hadapan televisyen menonton filem di pejabat kecilnya. Kehidupannya normal, namun semuanya berubah apabila anak dan isterinya telah membunuh seorang lelaki yang merakam gambar mandi mereka secara tidak sengaja. Suyambu kemudiannya cuba menyembunyikan jenayah ahli keluarganya melalui cerita-cerita filem yang telah ditontonnya. . Bahasa: Tamil Genre: Ngeri, Drama Kategori: Agak slow, tetapi boleh layan Pelakon: Kamal Haasan, Gautami Tadimalla, Niveda Thomas, Esther Anil . Tonton online (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2YgpGyi

Viswasam - Ajith Kumar

Image
Filem ini berkisar tentang penduduk di perkampungan Koduvilarpatti di daerah Theni. Thookudurai dan keluarganya menguruskan kilang beras di kampung itu, sementara Doktor Niranjana datang dari Mumbai untuk menguruskan kem perubatan untuk penduduk kampung. Pada mulanya Thookudurai dan Niranjana tidak bersependapat, namun mereka akhirnya jatuh cinta. . Atas dasar ingin menjaga keselamatan anak, Niranjana membawa anaknya ke bandar untuk dibesarkan dengan lebih selamat lalu meninggalkan suaminya di kampung. Pengorbanan bapa akhirnya membawa kebahagiaan kepada keluarga ini. Dibintangi oleh Ajith Kumar. . Kategori: Boleh layan . Tonton online (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2KGuViu

Duvvada Jagannadham - Allu Arjun

Image
Duvvada Jagannadham - Filem ini berkisar tentang seorang lelaki yang mempunyai 2 identiti iaitu sebagai pengusaha catering berperwatakan lembut dan identiti lain memiliki keberanian dan kemahiran menembak setelah dia menyelamatkan anggota polis dalam kejadian serangan mafia di Hyderabad. . Kemudian dia dilatih oleh pegawai polis dan menyamar sebagai Sami Brahmin untuk membanteras jenayah. Dibintangi oleh Allu Arjun. . Kategori: Boleh layan . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2VVSJ7h

Lindsay Lohan Bertudung Semasa London Fashion Week

Image
Lindsay Lohan Selfie Bersama Datin Norjuma Lindsay juga turut  membuat video live di Instagram peribadinya yang menunjukkan dia sedang belajar memakai tudung dengan betul. Malah dalam video tersebut, Lindsay meluahkan hasratnya yang ingin memakai tudung secara tradisional. Lindsay sebelum ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai apabila beberapa kali pernah tampil bertudung. Bintang Mean Girls itu bukan hanya memakai tudung, tetapi juga mengenakan pakaian yang kemas dan menutup aurat sehingga mencuri perhatian ramai sepanjang acara itu berlangsung. Sementara itu, beberapa selebriti tanah air yang berada di acara itu juga sempat berkongsi gambar mereka bersama Lindsay yang begitu sporting melayan tetamu dan  peminat yang mendekatinya. Antara selebriti yang sempat berselfie bersama Lindsay ialah Datin Norjuma, dan Raja Nadia Sabrina yang turut terlibat dalam acara tersebut.