Posts

Showing posts from January, 2018

Resepi Nasi Goreng Thai

Image
Bahan-bahan * 2 mangkuk nasi (4 cwn nasi sejuk) * 2 biji telor * 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu * 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam * 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus * 2 sudu besar cili kisar * 8 tangkai cili padi - tumbuk * 2 helai daun limau purut - hiris halus * 2 sudu besar kicap manis * 1 batang serai - dihiris halus * 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang * 10 ekor udang basah(terpulang nak letak berapa..) * Hirisan isi ayam * Minyak masak Cara Memasak 1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak. 2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau. 3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam. 4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata. 5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam. 6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Resepi Nasi Goreng Biasa

Image
Bahan-Bahannya: 1 mangkuk nasi sejuk 2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis 2 biji telur 2 sudu makan cili kering kisar 1 sudu makan kicap lemak masin Sedikit garam dan serbuk perasa Bahan tumbuk: 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 sudu makan ikan bilis Cara-caranya: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Masukkan kicap. Gaul rata. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi. Tutup api dan hidangkan.

TIPS: Cara Menghadapi Pesakit Mental

Image
Berikutan viral tentang seorang guru di Utara tanahair yang berkelakuan kasar semasa mesyuarat sekolah. Dia dikatakan mengalami penyakit mental yang perlu ditangani dengan cara yang baik dan berhemah. Sebagai manusia normal, sememangnya kita perlu bersama-sama memberi sokongan kepada orang yang mengalami masalah tersebut. Melalui perkongsian oleh seorang pengguna maya, di sini ditunjukkan cara dan tindakan yang perlu diambil oleh kita yang normal. Jadi apa tindakan anda yg sihat mental? 1. Diam. Diam bila mereka mengamuk. Berbalas hujah dan berbahas tidak membantu. Proses logik org sakit mental tak sama dgn proses logik anda. Cth jika ada kucing mati, logik anda ialah kucing itu sakit atau diracun, tp logik mereka ialah kucing itu petanda ada pembunuh upahan sedang mencari mangsa. Apabila anda diam, amukan akan berhenti dgn segera. Baca ayat Kursi. Sy lihat dlm video, guru2 kebanyakannya diam dan tak melayan. Mmg itulah yg betul. Makin dilayan makin menjadi. Jadi jgn layan. 2. Hubungi

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Image
Bahan-Bahan: 4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil 1 camca besar sos tiram 2 sudu makan cili kisar 2 biji telur, dipukul sedikit 2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan 1 biji bawang besar, hiris 2 ulas bawang putih, hiris Hirisan cili merah, untuk hiasan Hirisan daun sup, untuk hiasan Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan Cara Memasak: 1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. 2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu. 3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur. 4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

CERITA LAWAK: Pengganti Suami

Image
Di tanah perkuburan, seorang ustaz mendekati wanita cantik yang baru kehilangan suaminya. *Ustaz:* (Berbisik) Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman. *Wanita:* Mudah-mudahan. Terima kasih Ustaz. *Ustaz:* Kamu tak boleh lama2 larut dalam kesedihan. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu? *Wanita:* Ustaz serius ke? *Ustaz:* Ya, saya benar2 serius! Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur. *Wanita:* Pak Cik! Tolong gali semula kubur suami saya tu kerana ustaz ini ingin menggantikan tempatnya! *Ustaz:* Astaghfirullah....

CERITA LAWAK: Suami Tetap Salah

Image
Isteri : Malam ni nak masak apa ?? . Suami: Ikut awak je lah . Isteri : Aduh cakap lah nak makan apa , pening nak fikir ni.. . Suami: masak ayam merah je lah . Isteri : Tapi semalam baru makan ayam .. . Suami: ok kalau macam tu buat ikan je lah.. . Isteri : ikan ... alargh ikan tu beku nak kena tunggu lama . Suami: masak telor sambal je lah... . Isteri : isshhh telor je , takkan tu je ...awak makan lah , saya mana ler makan sangat . Suami: macam tu bungkus mamak je lahhh... . Isteri : mamak ?? . . Awak ni saya tanya nak masak apa , nak bungkus pulak.. cakap je lah saya masak tak sedap kan..? . . . Suami: ‪#putusasa‬ #haha . . Isteri : ayam masak sambal ni nak makan dengan sayur apa ? . Suami: belajar dari pangalaman. sayur kangkung je lah .. kangkung kan awak suka makan , abang tak kisah... . Isteri : kangkung , kang saya masak abg tak makan lak , . Suami: macam tu buat sayur taugeh air dah . Isteri : aduh taugeh habis lah bang . Suami: macam tu tak yah masak sayur , ayam je dah lah..

VIRAL: Pelakon Yeh Sekupang Meninggal Dunia

Image
Nama Rab Khalid adalah sangat sinonim dengan Yeh Sekupang dalam filem-filem arahan Mamat Khalid. Beliau pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rumah Pusaka di Simpang dan lain-lain. Rab atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4:15 petang sebentar tadi di Unit Penjagaan Koronari, Hospital Ampang akibat serangan jantung. Beliau merupakan seorang pelakon yang banyak melakonkan watak-watak yang berunsur komedi. Dengan loghat utara yang pekat, lakonan beliau amat memikat hati penonton. Rumah Rab Khalid yang terletak di Jalan Puyu, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar dipenuhi oleh saudara-mara dan rakan taulan untuk menziarahi arwah. Semoga beliau dirahmati Allah. Gambar rumah Rab Khalid di Jalan Puyu, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar.

VIRAL: Telefilem Cerita Rakyat Pok Ya Cong Codei

Image
Pok Ya Cong Codei mengisahkan seorang bekas samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari seorang wanita yang merupakan anak Peguam terkenal di Kelantan dan Kuala Lumpur. Cong Codei sebenarnya merujuk kepada nama sebuah hotel terkenal di ibu kota iaitu Concorde yang disebut mengikut ejaan bahasa Melayu dengan cara melucukan oleh Sabri Yunus. "Bini kalau kena culik,smpai ke hujung dunia kawe cari...Tapi kalau die lari dari kawe,duk nyorok belake umoh pun kawe dok sey cari..Cari bini baru lagi mudoh dari cari bini hok lari..." Watak Pok Ya yang dilakonkan sendiri oleh Sabri Yunus tidak semena-mena menjadi buah mulut dalam kalangan penggiat seni dan netizen. Cerita Pok Ya Cong Codei boleh dilihat secara stream di FB sila Like Page di bawah untuk menonton

Resepi Nasi Goreng Paprik

Image
Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan) 3 mangkuk nasi 2 biji bawang merah (hiris) 3 ulas bawang putih (cincang halus) 2 seduk kecil cili kering blender 1 sudu besar paste tomyam isi ayam (ikut selera) sayur kubis (ikut selera) 2 sudu besar minyak masak garam gula secukup rasa Bahan Paprik Campur – Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam 2 ulas bawang putih (dicincang) 2 helai daun limau purut 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar cili giling 1 sudu besar sos tomato sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang) garam dan gula secukup rasa 4 biji cili padi (diketuk) Cara Memasak: Nasi Goreng – 1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit. 2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak. 3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi. 4. Gaul hingga sebati, kemudian mas

CERITA LAWAK: Si Dul

Image
Si Dul berusia 9 tahun. Keluarganya miskin. Dia perlu RM300 untuk beli seragam sekolah. Suatu hari si Dul ambil keputusan mengirim poskad sama Tuhan minta diberikan RM300. Al-maklum, pemikiran anak kecil! Para posmen di post-office kesian sama si Dul apabila terbaca poskadnya, lalu mereka kemukakan poskad itu kepada ketua kampung tempat si dul tinggal. Ketua kampung pun merasa kesian sm si Dul, lalu memutuskan dia sendiri akan menderma dan mengirim RM200 kepada si Dul. Ketua kampung sengaja menulisnya sebagai 'pemberian dari Tuhan'. Gembira betul si Dul mendapat kiriman RM200 itu. Oleh karna si Dul pikir itu betul-betul pemberian direct dari Tuhan, dia pun menulis surat lagi untuk mengucapkan terima kasih sama Tuhan. Berikut bunyi surat si Dul: "Ya Tuhan .. terima kasi atas kiriman wang yang sudah saya terima. Cuma .. lain kali jangan dikirim melalui ketua kampung. Sudah dia ngap RM100! Biasa dia itu!"

CERITA LAWAK: Isteriku Liza...

Image
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.

TIPS: Cara Isi Borang Terima Duit Menggunakan Western Union Di Public Bank

Image
Bagi para blogger, youtubers dan admobbers... Menerima wang dari hasil pengiklanan 'online' adsense adalah perkara biasa. Ada beberapa kaedah penerimaan wang iaitu cek dan western union. Disini akan ditunjukkan cara mengisi borang penerimaan wang dari google adsense Langkah 1 Kenalpasti tempat yang mempunyai perkhidamatan Western Union. Langkah 2 Dapatkan maklumat penting untuk  penerimaan wang iaitu NO MTUC yang akan diberi oleh pengirim (nombor ini sangat penting) Langkah 3 Ambil borang di kaunter dan isi borang bahagian  maklumat penerima dan juga pengirim. Maklumat tersebut adalah: a) NAMA PENGIRIM b) ALAMAT PENGIRIM c) JUMLAH YANG DI MASUKKAN d) PEKERJAAN, NAMA MAJIKAN DAN JENIS PEKERJAAN d) NO MTUC iaitu no rujukan yang di perlukan untuk sebarang transaksi di Western Union (sila minta no ini dari pengirim wang). Langkah 4 Selepas siap isi borang, berikan di kaunter beserta IC (pasti kan bawa IC ya atau sebarang pengenalan diri , bagi foreigner bawa passport) Langkah 5 Se

TIPS: Cara Beli Air Tin Di Mesin Touch N Go

Image
Beli air gedegang semudah Touch and Go. Kini kita boleh air di mesin automatik tanpa gunakan wang tunai. Kad touch n go yang selalu di gunakan untuk menaiki bas, lrt, mrt kini boleh digunakan untuk membeli air minuman. 1. Push button air tin mana yang nak 2. Touch card TnG (Tadi guna IC je) 3. Gedegang air terus jatuh Cepat dan mudah. Harga pun murah sikit. Mesin diperkenalkan Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) dengan kerjasama Ventaserv Sdn Bhd (Ventaserv) dan Coca Cola Refreshments (M) Sdn Bhd (Coca Cola) itu kini ditempatkan di tempat awam di Lembah Klang, termasuk hospital, taman rekreasi, pusat beli-belah dan bangunan pejabat. Ketua pegawai operasi TNGSB Farilla Abdullah berkata sejajar dengan kemajuan teknologi dalam bidang peruncitan layan diri yang melibatkan pelbagai sektor, Touch 'n Go terus memastikan ciri perkhidmatannya menepati trend semasa serta berusaha untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pengguna.

Resepi Nasi Goreng Belacan

Image
Bahan-bahan 2 mangkuk nasi sejuk ~ di peroikan 1 biji telur 1 sudu besar kicap cair 1 kiub ikan bilis garam dan gula secukup rasa Bahan Kisar 1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas 5 biji cili padi 5 tangkai cili merah 2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut 3 cm belacan Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula

CERITA LAWAK: Zaman Berkembar

Image
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira. Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi

CERITA LAWAK: Cik Tina

Image
Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya : Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu. Farid: Baiklah , ibu! Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu. Cik Tina: Kena tak ? Kena tak? Farid: Undur lagi, lagi, lagi . Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !! Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok ! Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku ! Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

VIRAL: Promosi Simkad Dan Data 20GB Percuma Mobile@Unifi TM

Image
Telekom Malaysia telah memperkenalkan simkad baru bagi menggantikan WEBE dengan harga lebih murah. Simkad yang diberi nama sebagai Mobile@Unifi adalah jenis prabayar dan 'pay per use'. Pada masa artikel ini ditulis, TM sedang membuat promosi dengan memberikan simkad ini secara percuma dan diberi data LTE 20GB secara percuma juga. Simkad ini mempunyai tempoh aktif selama 90 hari sehingga ditambah nilai. Simkad ini boleh didapati melalui muat turun aplikasi mobile@unifi pada play store dan apps store. Anda perlu daftar maklumat anda melalui aplikasi mobile@unifi untuk mendapatkan simkad dan data percuma ini. Cara daftar boleh klik pada pautan tersebut -  http://www.azman.men/2018/01/tips-cara-daftar-mobile-unifi.html

TIPS: Cara Daftar Mobile Unifi

Image
TM baru saja melancarkan perkhidmatan line telefon mudah alih terbaru bagi menggantikan webe. Penggunaan mobile unifi lebih kepada prepaid atau pay per use. Buat masa ini, TM memberikan data percuma sebanyak 20GB selama 90 hari. Perkhidmatan mudah alih ini diberikan simkad dan boleh digunakan pada mana-mana telefon mudah alih terkini. Disini diberikan tutorial cara mendaftar mobile@unifi Langkah 1 -muat turun aplikasi mobile@unifi pada 'play store' atau 'app store' -buka perisian mobile@unifi dan pilih pada 'I WANT TO GET A SIM!' Langkah 2 -tik pada i have read and agreeed -klik pada 'I WANT TO START NOW!' Langkah 3 -isikan no k/p dan nama seperti di dalam k/p -seterusnya tekan 'NEXT' Langkah 4 -masukkan alamat emel -klik pada 'VERIFY MY EMAIL' Langkah 5 -masukkan no kod emel untuk 'verify' Langkah 6 -masukkan maklumat diri dan alamat rumah Langkah 7 -pilih bilangan simkad yang diinginkan. Maksimum 5 simkad untuk 1 orang Langkah 8

Resepi Nasi Goreng Kampung

Image
Bahan: 4 cawan nasi sejuk, dileraikan 1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan 5 tangkai kacang panjang, potong kecil 1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan 1 biji telur, dipukul sedikit 1 biji bawang besar, hiris Bahan Tumbuk Halus: 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 10 biji cili padi merah Thai 1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap Secubit belacan Cara: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

CERITA LAWAK: Bogel

Image
Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering...ring ..ring..ring....Maka si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu. Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.." Kitty menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu" Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???" Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00.. "WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

Guru Pendidikan Khas Meninggal Dunia Di Korea

Image
Cikgu Normala kiri sekali bersama keluarga "Kakak ketika itu baru tiba di hotel dan semasa dalam lif menuju ke bilik penginapannya, dia rebah dan peserta lain membantu mengangkatnya ke dalam bilik". "Pada masa sama, pihak hotel menghubungi ambulans dan mereka tiba dalam masa lima minit". "Pihak medik tiba di lokasi dan terus melakukan rawatan awal, namun kakak masih tidak sedarkan diri, kemudian dia dibawa ke Catholic University Medical Centre, Seoul". Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong, di sini meninggal dunia di Daegu, Korea Selatan, ketika menghadiri Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas, semalam. Normala Abdullah, 56, meninggal dunia selepas pengsan ketika keluar dari lif hotel penginapannya, Piano Hotel, pada jam 10.45 malam, waktu tempatan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim yang turut dihubungi BH, hari ini berkata, pihaknya akan membantu urusan keluarga

CERITA LAWAK: 3 Sekawan

Image
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK. Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK. KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah. KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah! KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu. KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli. KURA:Bagus jugak idea kau tu. ULAT:Aku malas lah nak pergi beli. KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah..... ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang. 10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari

VIRAL: Tarikh Bayaran BR1M 2018

Image
Bagi penerima brim 2018, sila ingat tarikh-tarikh penerimaan brim tersebut. Penerima brim 2018 akan terbahagi kepada 3 kategori, iaitu: Brim RM1200, 3 kali bayaran. Brim RM900, 3 kali bayaran. Brim RM450, 1 kali bayaran. Maklumat pemohon yang telah membuat permohonan BR1M akan disemak oleh agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Agensi yang membuat semakan adalah seperti di bawah:- · Kementerian Luar Negeri · Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) · Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) · Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) · Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) · Angkatan Tentera Malaysia (ATM) · Jabatan Agama Islam Negeri · Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) · Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) · Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) · Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) · Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tarikh BR1M 2018 Masuk Ke Dalam Akaun 1.0 Kategori individu bujang berumur 21 ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah Tar

Resepi Nasi Goreng Cina

Image
Bahan bahan: 1 mangkuk nasi putih 1 - 2 sudu besar mentega Minyak masak Minyak bijan 3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk 4 ulas bawang merah - hiris Isi ayam - potong kecil Udang secukupnya 1 sudu besar lada sulah - tumbuk 2 biji telur Bahan Sayuran: Lobak - potong dadu Cili padi - hiris Sayur kubis - hiris panjang Daun bawang - hiris halus Cara cara: Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidang

VIRAL: Diskaun Istimewa Kereta Proton Untuk Persatuan Dan Koperasi

Image
“Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami". Proton berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet. “Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa mana-mana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini,” katanya. Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan "Proton sentiasa menyediakan promosi jualan korporat/fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutuan Hokkien bukan kes yang istimewa". Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia. “Melalui cara yang sama, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincangan dengan kami dan menu

CERITA LAWAK: Don't Worry

Image
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don''t worry, I got a lot american dollar in my country". Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why y

VIRAL: Penjenayah Paling Dikehendaki Mati Ditembak Polis

Image
Terdahulu sebelum kejadian jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 40-an, masing-masing warga tempatan dan asing yang menaiki kereta Mercedez Benz, dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Seri Bayan. Ketika diminta memberhentikan kenderaan, seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas untuk mempertahankan diri. “Kedua-dua suspek mati di dalam kenderaan berkenaan dan polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta itu. “Mayat mereka dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat seterusnya mengesan keluarga masing-masing. Dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Gangsa, Batu Berendam, Alor Gajah menghala ke Angkasa Nuri, dekat sini, hari ini dipercayai sedang menyasarkan mangsa dan lokasi untuk melakukan samun sebelum dikesan polis. Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati, suspek mempunyai lapan rekod jenayah, iaitu empat kes di Sha