Posts

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Image
Bahan-Bahan: Bahan untuk nasi goreng: • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan • 1 biji telur • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung) • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat • 2 batang serai, hiris nipis • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan • sayur kobis, potong kecil • karot, potong dadu kecil • 2-3 helai sawi, hiris nipis . Bahan untuk tumbuk kasar: . • 4 ulas bawang merah • 3 ulas bawang putih • 6 biji cili padi . Bahan untuk hiasan tambahan: . • keropok goreng • telur goreng mata . Cara Penyediaan: . Cara-cara untuk nasi goreng tom yam: . 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi. 2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan

Pemasangan Jaring Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai

Image
Pemasangan Jaring Besi Sedang Dijalankan “Walaupun ia (jaring) selamat, mungkin tembok konkrit lebih sesuai untuk jangka masa panjang kerana kita tidak tahu jaring boleh bertahan sampai bila. Apatah lagi jika ada penduduk yang membuang barang yang besar dan berat,” ujar Suzana (Penduduk PPR Seri Pantai). Seorang lagi penduduk, Kamarudin Baba, 55, berkata sejak beliau menetap di PPR itu 16 tahun lalu, beliau sering merasa takut untuk berjalan di kawasan terbuka dan akan cuba melalui jalan yang berbumbung. “Saya kerap kali lihat sampah besar dibuang dari atas malah tingkap kaca juga sering jatuh ke bawah. Mujur juga saya tidak pernah mengalami kemalangan ditimpa barang tapi itu tetap tidak hilangkan rasa takut saya. “Penduduk tidak kira kaum dan agama perlu ubah mentaliti dengan memberi pendidikan sivik kepada anak-anak mereka tentang betapa buruknya kesan perbuatan itu kepada orang lain,” katanya. Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Wan Mohammad Ghazali N

VIRAL: Pok Ya Cong Codei 2 Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

Image
Sekual Pok Ya Cong Codei 2 Bakal Ditayangkan "InsyaAllah kalau tiada halangan dan betul hala tujunya pasti akan ada Pok Ya Cong Codei 2," katanya. "Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekual itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan." "Ia boleh jadi diterima baik atau sebaliknya dan perkara itu saya tidak dapat diramal cuma paling penting sebagai penulis, pengarah dan pelakon saya perlu berikan yang terbaik," ujar Sabri Yunus lagi. Sabri Yunus tidak menolak bakal menerbitkan telefilem sekual Pok Ya Cong Codei  yang menjadi tular baru-baru ini. Sabri, 57, berkata, dia akan bertemu dengan pihak pengurusan Astro pada 15 Februari ini bagi berbincang mengenai perancangan tersebut.

CERITA LAWAK: Sakit Jiwa

Image
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"

Resepi Nasi Goreng Sardin

Image
Bahan2 : 1 mangkuk besar nasi 1 labu bawang besar dimayang 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk) Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot) 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan) 2 biji telur Sedikit kicap lemak manis Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap. 3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap. Selamat mencuba.

CERITA LAWAK: Tetamu Tak Di Undang

Image
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu... Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya... "Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain s3ks?" Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu... Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi. Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang... Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main s3ks?" "Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani.

Resepi Nasi Goreng Mamak

Image
Bahan-bahan 4 cawan Nasi putih 1 biji bawang besar – hiris halus 4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus 2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih 3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam 3 paket serbuk rencah Maggi kari 2 biji tomato – dibelah empat 2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis 2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch 2 biji telur 2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah 1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah Minyak untuk menumis Untuk hiasan -. Hirisan timun -. Limau kasturi dibelah dua -. Bawang goreng **Nina tak letak Cara penyediannya 1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis 2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi 3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak. 4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga