Resepi Nasi Goreng Sardin


Bahan2 :
1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Pasar Hari Dan Pasar Pagi Di Daerah Kerian Perak

Senarai Pasar Malam Di Daerah Kerian Perak

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen