Pemasangan Jaring Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai

Pemasangan Jaring Besi Sedang Dijalankan

“Walaupun ia (jaring) selamat, mungkin tembok konkrit lebih sesuai untuk jangka masa panjang kerana kita tidak tahu jaring boleh bertahan sampai bila. Apatah lagi jika ada penduduk yang membuang barang yang besar dan berat,” ujar Suzana (Penduduk PPR Seri Pantai).

Seorang lagi penduduk, Kamarudin Baba, 55, berkata sejak beliau menetap di PPR itu 16 tahun lalu, beliau sering merasa takut untuk berjalan di kawasan terbuka dan akan cuba melalui jalan yang berbumbung.

“Saya kerap kali lihat sampah besar dibuang dari atas malah tingkap kaca juga sering jatuh ke bawah. Mujur juga saya tidak pernah mengalami kemalangan ditimpa barang tapi itu tetap tidak hilangkan rasa takut saya.

“Penduduk tidak kira kaum dan agama perlu ubah mentaliti dengan memberi pendidikan sivik kepada anak-anak mereka tentang betapa buruknya kesan perbuatan itu kepada orang lain,” katanya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Wan Mohammad Ghazali Nor pula berkata pihaknya telahpun memasang jaring keselamatan di PPR itu bagi mengatasi risiko kemalangan.

"Buat masa ini kita hanya pasang jaring di PPR Seri Pantai sahaja, namun kita akan lihat keberkesanannya sebelum dilaksanakan di PPR dan Perumahan Awam lain," katanya kepada Bernama.

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini