CERITA LAWAK: Ingat!, Seperti Bom Tangan


Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan
di sini untuk mengeluarkan ''foam''nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul
satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut
pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini