CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman
+ Hj Anuar created group "Jiran-jiran Lorong 9"
+ Hj Anuar added Leha
Leha: Kenapa add saya? Saya sorang je perempuan dlm group ni?
Hj Anuar : Salam Leha. Ni group untuk ketua keluarga lorong ni.
Abg Djin : Hi Leha.
Lebai Osman : Morning Leha.
Leha : Kenapa ramai lagi yang tak masuk?
Hj Anuar : Kita add mana yang aktif dulu. Yang lain tu slow-slow.
Abg Jai : Salam Leha. Dah Bekfes?
Leha : Tak suka la group ni.
Lebai Osman : Kami nak berukwah saja. Leha pun boleh kongsi cerita. Mintak tolong kat sapa-sapa dalam group ni.
Leha : Group persatuan penduduk kan dah ada.
Abg Djin: Ramai sangat Leha. Banyak benda. Group ni untuk lorong kita jer.
Leha : Segan la. Leha sorang jer pompuan.
Lebai Osman: Leha kan ibu tunggal. Ketua keluarga pulak tu. Kami kena support.
Leha : Bagi Leha jadi Admin bang haji
Leha change to Admin
Leha added Kak Siah
Abg Djin left
Leha added Siti Salamiah
Lebai Osman left
Leha added Ustazah Kamariah
Hj Anuar left
Abg Jai left
Ustazah Kamariah : Group apa ni Leha?
😆😆😝
Comments
Post a Comment