CERITA LAWAK: Keputusan Exam


Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelakiku pula menghulurkan sehelai kertas.📄

English    17 /100
BM            35/100
Agama     45/100
Sejarah    48/100
Geografi  38/100
Maths      40 /100
Science    37/100
Kesusasteraan 34/100
Lukisan    28/100

Aku mula hilang sabar
😤😤😤😡😡😡

"Apa ni?  Asyik henfon dan tv! Inilah jadinya.
Berani kautunjuk result engkau yg teruk ni?"
😡😡😡

Isteriku cuba menyampuk, "Sabar. Dengar dulu ..."

Aku lantas menjawab,
"Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu."

Isteriku mencelah : "Oh, salah anjalah?"

Aku berkata,
"Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu."

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata, "Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni."

*"Ini kad laporan sekolah ayah dulu."*

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini