Posts

Cara Meransang Percakapan Anak Berumur 1 & 2 Tahun

Image
"Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?" Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini "CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR". Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan. 😊 TAHAP UMUR 1 TAHUN -Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya "Makan", "Susu", "Nak", "Cat". - 1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun. 1 tahun 1 bulan: 1 perkataan 1 tahun 2 bulan: 2 perkataan 1 tahun 5 bulan: 10 perkataan 2 tahun: 50 perkataan *Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian. Selalunya perkembangan bahasa tahap ini adalah secara gandaan darab 2.🌷 TAHAP UMUR 2 TAHU

Celcom Umrah Pack RM68

Image
Simpack Untuk Jemaah Umrah Oleh Celcom  Bagi jemaah Umrah, boleh dapatkan kad sim Celcom Umrah Pack di Celcom Blue Cube. Mudah sahaja, hanya maklumkan kepada wakil jualan Celcom dan bayar RM 68 duit pengeras 😆. Jika di KLIA, Kedai Celcom terletak di tingkat 3 (Arrival). Nak lagi special, tunjuk boarding pass (tiket kapal terbang), dapat lagi satu kad sim percuma. Ini memang untung banyak. Tetapi tawaran ini rasanya hanya untuk yang menaiki Malaysia Airlines (MAS). Anda akan dapat internet data 3GB kelajuan 4G  dan 30 minit panggilan. Cara nak guna, masukkan sim kad. Aktifkan roaming dan sedia untuk digunakan. Moga sama-sama mendapat manfaat Pelan Tambahan Simkad Umrah Celcom

Promosi Tiket Murah Airasia Destinasi Dalam Negara

Image
Promosi Tiket Airasia Masih berlangsung, promosi tiket murah AirAsia ke beberapa destinasi dalam negara. Kalau anda berada di Johor Bahru, Penang, Kota Bharu dan kawasan sekitarnya, jom sambar tiket promosi ini! JHB - Kota Kinabalu - JHB: RM216 JHB - Sibu - JHB: RM156 JHB - Ipoh - JHB: RM156 JHB - Langkawi - JHB: RM136 JHB - Tawau - JHB: RM296 PEN - Kota Kinabalu - PEN: RM276 KBR - Kota Kinabalu - KBR: RM226.60 KBR - Kuching - KBR: RM206.60 Tempoh penerbangan bermula bulan Sepember 2020 hingga Mac 2021. Harga promosi tidak tersedia untuk tarikh cuti sekolah dan cuti umum. Sambar tiket anda segera di www.airasia.com! Sumber FB Pemburu Tiket Murah

Tips Percutian Ke Switzerland

Image
Lake Brienz, Interlaken Sekadar ingin berkongsi percutian ke Switzerland selama 7 hari (End of September) Info : 1) Swiss Travel Pass : 8 Days (RM 1,586) - Klook (E-Voucher just print in A4 paper). 2) Sim Card : Hello1010 (RM 135). 4) Tiada kiraan budget for this Trip (Switzerland) sbb kami travel ke beberapa Negara lain juga. 5) Start our journey at Switzerland from Geneva as we are coming from Paris. 6) Flight Back (Singapore Airlines from Zurich Airport to KL) Hotel / Hostel : 1) Valley Hostel, Lauterbrunnen (Very Recommended) 2) Hotel Cima, Zermatt (Recommended) 3) Rigi House 1, Luzern (Not Recommended) Day 1 : - Dari Geneva ke Interlaken Ost using Golden Pass Line (Scenic Route) . From Interlaken Ost to Lauterbrunnen. - Check in dekat Valley Hostel. Dekat situ ada Coop (Supermarket) where you can buy groceries. Day 2 : - Kami pergi ke Oeschinensee Lake. Dari Lauterbrunnen ke Kandersteg Station. After sampai Kandersteg Station perlu berjalan kaki lebih kurng 20 minit untuk sampai k

Ziarah Di Madinah Secara Bajet Hanya 10 Rial

Image
Bas Menggunakan Zyara Pass Di Madinah Bagi yang merancang nak ziarah luar Medina secara budget boleh ambil bus hijau ni dengan kos 10rial sahaja. Ada 2 pick up point 1 depan Haram main entrance dan 1 lagi di pintu 7. Konsep bus ni free & easy bila sampai ke destinasi kita boleh ambil masa ikut keselesaan sendiri. Kemudian utk ke destinasi seterusnya hanya perlu tunggu bus hijau yg lain datang. Konsep ini berbaloi kpd mereka yg sudah pernah pergi umrah sblm ini atau yg faham sejarah2 di tempat yg dibawa kerana tiada penerangan yg diberikan sepanjang dalam bus. Kalau ada yg budget lebih sikit boleh la naik Hop On Hop Off 80rial. Itu katanya siap ada headphone beri penerangan sekali. Ticket boleh dibeli dari driver bus sahaja. Selamat berziarah ❤ Pandangan Di dalam Bas Zyara Pass Madinah Zyara Pass 10 rial Zyara Pass 10 rial, 15 rial atau 30 rial Peta Perjalanan Bas Zyara Pass Madinah Waktu perjalanan bermula selepas Subuh hingga 10 malam Lokasi ziarah Bukit Uhud, Masjid Quba' Sum

Tips Percutian Dan Iterinari 3H2M Ke Brunei

Image
Hai, saya ingin berkongsi lawatan kami sekeluarga, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Brunei  pada 22-25 Dis 2019. Mungkin entri ini agak panjang, harap bersabar  membaca... 22 Dis 2019 (Ahad) ********** - Penerbangan AirAsia, KLIA2-BGW bertolak 6:35pagi. Perlu isi white card di dalam flight untuk Visa On Arrival - Sampai 8:55 pagi, djemput oleh pihak Star Logde Hotel, Jerudong (shuttle percuma) - Early check-in & book shuttle utk ke Jerudong Park (dalam jarak 1km dari hotel) - 11:00 pagi bergerak ke Jerudong Park. Sila periksa waktu operasi di IG @jerudongpark sebab park ni kebiasaannya hanya di buka pada hari Khamis hingga Ahad kecuali pada cuti sekolah dibuka setiap hari. Pada waktu lawatan kami, park ini dibuka dari 10:30 pagi hingga 11mlm. Walau bagaimanapun, semua permainan akan ditutup selama 30-40 min bagi menghormati waktu solat. - Kami ambil Pakej 2 dewasa 2 kanak utk “Playground & Water Park” pada harga BND50 dan 1 tiket dewasa pada BND20. Boleh keluar masuk dari Park den

Tips Percutian 2D1N Ke Singapura

Image
Bugis Street, Singapore Short 2D1N trip to Singapore lenggang kangkung seret tongkat. Tak shopping, tak la food hunting sbb dah kali ke 3 ke sini. Semoga boleh buat panduan untuk korang 😁 1st day ▪️Bus Termerloh - Larkin (sampai 4am) (RM35) lepak kat kedai mamak smpai pukul 8 sbb malas nak bersesak2 kat immi dgn yg nak masuk kerja. ▪️Bus Larkin (8:30am) - Kastam Immigration Malaysia (RM3.30) ▪️Lepas settle scan passport dekat Kastam MY, turun ke bawah naik bas 170x, heading to Kranji. (RM2) simpan ye tiket untuk naik semula kejap lagi. ▪️Turun semula dekat kastam SG untuk cop passport (2 jam lebih k beratur padahal org x ramai pun and dah lepas waktu rush hour) then cari balik bas nombor 170x, tunjukkan tiket yg tadi. ▪️Bus drop off dekat MRT Kranji station, turun & beli EZlink card (SGD12 + Topup SGD10) banyak je baki tapi saje untuk kegunaan dtg singapore next time. ▪️Kranji MRT - Jalan Besar MRT untuk pergi drop off bag dekat Hostel. Central 65 Hostel (RM70 / night / person) ho