Tips Percutian Dan Iterinari 3H2M Ke Brunei

Hai, saya ingin berkongsi lawatan kami sekeluarga, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Brunei  pada 22-25 Dis 2019.

Mungkin entri ini agak panjang, harap bersabar  membaca...

22 Dis 2019 (Ahad)

**********

- Penerbangan AirAsia, KLIA2-BGW bertolak 6:35pagi. Perlu isi white card di dalam flight untuk Visa On Arrival

- Sampai 8:55 pagi, djemput oleh pihak Star Logde Hotel, Jerudong (shuttle percuma)

- Early check-in & book shuttle utk ke Jerudong Park (dalam jarak 1km dari hotel)

- 11:00 pagi bergerak ke Jerudong Park. Sila periksa waktu operasi di IG @jerudongpark sebab park ni kebiasaannya hanya di buka pada hari Khamis hingga Ahad kecuali pada cuti sekolah dibuka setiap hari. Pada waktu lawatan kami, park ini dibuka dari 10:30 pagi hingga 11mlm. Walau bagaimanapun, semua permainan akan ditutup selama 30-40 min bagi menghormati waktu solat.

- Kami ambil Pakej 2 dewasa 2 kanak utk “Playground & Water Park” pada harga BND50 dan 1 tiket dewasa pada BND20. Boleh keluar masuk dari Park dengan syarat tidak menanggalkan wristband. Mereka terima matawang SGD juga.

- Perlu book sesi untuk water park sebab masuk pada masa terhad. Hanya 2 jam setiap sesi. Kami ambil sesi 1pm-3pm. Wrist band berasingan akan diberikan.

- Boleh lunch di JP food court atau Mc’D yang terletak berdekatan dengan Jerudong Park atau food kiosk di dalam park. Harga makanan sangat berpatutan.

- Playground Park ini sangat luas dan terdapat lebih dari 20 jenis permainan untuk kanak2 dan dewasa. Terdapat tram di sediakan di beberapa stesen utk mengurangkan kepenatan bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain.

23 Dis 2019 (Isnin)

***********

- 12:00 tengahari checkout Star Lodge Hotel dan menunggu kereta sewa. Kami sewa  dengan En. Rasyid untuk 2 hari pada harga lebih kurang RM300

- Bergerak ke Hotel Empire Brunei untuk lawatan. Hotel  5 bintang yang paling mewah di Brunei. Pasti terpegun dengan senibina dan hiasan dalaman hotel dan kolam gergasi buatan manusia yang menghadap Laut China Selatan.
Interior Hotel
si seterusnya ke Royal Regalia Museum di Bandar Seri Begawan (BSB). Muzium yang memaparkan alat kebesaran Diraja Brunei juga hadiah-hadiah yang diterima oleh Sultan Brunei. Hanya di ruang legar utama yang dibenarkan untuk mengambil gambar.

- Boleh makan tengahari di Tamu Selera yang terletak berdekatan dengan Royal Regalia Museum, Ayam Penyet , Indomee Penyet hanya BND2.

- Check-in di Capital Residence Hotel, di tengah bandar Seri Begawan.

- Melawat Malay Technology Museum di Kota Batu, 7km dari  BSB. Lebih kepada menelesuri sejarah kehidupan rakyat Brunei dahulu kala, terdapat replika rumah2 tradisional Brunei. Masuk Percuma.

- The Gadong Mall, boleh beli souvenir Brunei, seperti T-shirt, Fridge Magnet, Key-Chain, Mug, Coklat di Gedung Mall , ground floor. Fridge magnet BND1/pc, Mug BND4.50, T-shirt BND15 utk 2 helai, Coklat BND2-BND6

- Makan Malam di Pasar Malam Gadong, bersebelahan The Gadong Mall. Nasi Katok di sini memang terbaik, BND1. Semua makanan dan air memang kebanyakkannya BND1 sahaja.

24 Dis 2019 (Selasa)

***********

- Seawal 9.00pagi bergerak ke Masjid Omar Ali Saifudden. Dah bergambar di dalam masjid dan sekitarnya, jangan lupa ke giant frame di taman berdekatan untuk ambil foto.

- Kemudian ke istana Nurul Iman, boleh ambil gambar di depan pagar je.

- Destinasi seterusnya, Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah, masjid terbesar di Brunei yang terletak berdekatan Gadong.

- Kemudian kami bergerak ke Seria, untuk ke Billionth Barrel Monument, lebih kurang  90km dari BSB. Ini merupakan bandar O&G Brunei seakan Kemaman di Terengganu. Di sini juga terdapat Oil Discovery Center tapi masih lagi ditutup untuk penambahbaikkan.

- Berpatah balik ke BSB dan singgah di Chop Jing Chiew café yang terkenal dengan roti kuning bakar dan antara tempat wajib untuk disinggah.

- Lebih kurang jam 4petang kami ke jeti berhadapan Yayasan Hassanal Bolkiah Complex untuk menaiki bot mengelilingi Kampung Ayer. Tambang BND5 seorang untuk lawatan lebih kurang 40 minit atau BND10 seorang jika ingin melihat monyet Probiosis. Jaket keselamatan disediakan.

- Pada sebelah malam kembali ke Pasar Malam Gadong  untuk kali kedua.

25 Dis 2019 (Rabu)

***********

- Check out hotel, ke Tamu Kianggeh bersebelahan hotel. Ini adalah pasar di mana rakyat Brunei menjual sayur dan barang keperluan. Mungkin lebih meriah jika datang pada hujung minggu.

- Kami pusing-pusing ke kampung Ayer sekali lagi tetapi kali ini menggunakan kereta melalui Jambatan Anak Pengiran Saleha.

- Destinasi terakhir adalah Masjid Ash Saliheen yang terletak  bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri sebelum ke Lapangan Terbang. Masjid ini mempunyai ciri-ciri senibina dari Morocco.

- Boleh lunch di Jollibee yang terletak di bahagian ketibaan sebelum pulang.

- Penerbangan pulang AirAsia 4.30 petang.

Nota:

1. Semua tempat lawatan adalah percuma kecuali Jerudong Park.

2. Terdapat pengangkutan awam iaitu bas tetapi mengikut pembacaan saya tidak berapa efisien. Ini antara sebab kami memilih kereta sewa. Tetapi jika anda tinggal di Hotel di sekitar BSB, semua tempat lawatan adalah “walking distance”

3. Poket Wifi dari roaming Man, pickup di KLIA2, RM60

4. Travel insurance Etiqa Gold Family, RM75++

Harap entri ini membantu rakan-rakan yang ingin ke Brunei.

Sumber FB

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini