Posts

CERITA LUCU: Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Image
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab &qu

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Image
Bahan-bahan nasi goreng: 1 mangkuk nasi putih 6 tangkai cili kering-dikisar 1 biji bawang merah-dikisar 1/2 inci belacan-dikisar 2 sudu kicap 5 biji cili api-diketuk Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan-bahan ayam goreng kunyit: 200g isi ayam-dipotong dadu 2 batang kacang panjang 1 biji bawang besar-dihiris 1 biji cili besar-dihiris 2 sudu serbuk kunyit Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-cara nasi goreng: Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata. Masukkan cili padi. Kacau. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat. Cara-cara ayam goreng kunyit: Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng isi ayam hingga sedikit garing. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi. Selamat mencuba...:) Sumber: #ResepiUmmi

VIRAL: Video Guru Sekolah Senamrobik Lagu Janda

Image
BILA CIKGU-CIKGU BERGOYANG Waktu Ko - Kurikulum, kalau setiap minggu aktiviti yang sama mungkin membosankan pelajar dan guru juga. Apa kata dalam 1 bulan ambil 1 kali buat senam aerobik untuk semua pelajar dan guru. Pasti tiada pelajar yang ponteng Koku. Pelajar dan guru sudah semestinya hilang stress dan berasa seronok serta sihat fizikal dan mental. Bagus tak idea ini. Cikgu yang 2 orang tu bolih bagi APC lah tahun ini. Semoga bermanfa'at. Wallahua'lam. klik video di atas untuk mainkan video SENAMROBIK GURU SEKOLAH Di sekolah berasrama penuh (SBP) terdapat pelajar "FLY", kerana nak enjoy kat luar sekolah. Ada baiknya buat senaman aerobik pada hujung minggu untuk hilangkan "stress" pelajar dan guru-guru juga. Faham-fahamlah kalau mengajar di SBP, merosot keputusan peperiksa'an, jenuh nak menjawab. Semoga idea ini bermanfa'at. Wallahua'lam. Sumber: FB

VIRAL: Remaja Mati Terkena Kerusi Dibaling Dari Bangunan

Image
Satiswaran, remaja berumur 15 tahun meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam semalam akibat cedera teruk dibahagian kepala, ditimpa kerusi pejabat yang dibaling dari atas bangunan. Ini merupakan kes kematian seorang remaja akibat ditimpa kerusi yang dipercayai dibaling dari tingkat 21 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, malam semalam. Sumber berkata, suspek-suspek berkenaan merupakan sekeluarga yang tinggal di salah sebuah unit di blok berkenaan yang juga jiran kepada nenek mangsa. Menurutnya, keterangan diambil susulan maklumat daripada ahli keluarga mangsa yang pernah melihat kerusi berkenaan berada di luar unit rumah berkenaan. Mendiang ketika itu bersama ibunya pulang dari kedai melalui kawasan bawah blok. Dalam pada itu, urusan membawa balik mayat mendiang ke rumah ditingkat 16 malam tadi terganggu akibat kerosakan lif di blok berkenaan.

VIRAL: Sultan Johor Terima Hadiah Kereta Flintstone

Image
Sultan Johor telah menerima hadiah daripada pemangku Sultan Pahang iaitu sebuah replika kereta yang popular dalam siri animasi FLINTSTONE. Hadiah ini dibawa menggunakan 'tow truck' yang diiringi oleh orang-orang kenamaan kerajaan negeri Pahang. Dipahamkan, walaupun hadiah ini berupa replika, kereta ini boleh bergerak sendiri kerana mempunyai motor yang boleh menggerakkan kereta ini dengan kelajuan yang sederhana. Kereta flintstone yang asalnya di dalam siri animasi tersebut hanya digerakkan menggunakan kaki. Ini merupakan penambahbaikan yang amat baik, kerana replika kereta ini boleh dipandu semasa aktiviti riadah. Sumber: Royal Press Office JDT

CERITA LUCU: Papa Dan Mama

Image
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: "Nenek, mana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab. Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya: "Dimana Papa dan Mama?" "Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya: "Di mana Papa dan Mama?" "Masih di dalam bilik" jawab nenek. Anak itu tertawa geli. "Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi. Si anak menjawab, "Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Timbalan PM Sedia Letak Jawatan

Image
  Jen Prawit Wongsuwan (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan Thailand) Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya  bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah. Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah. Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand  (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu. "Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan," kata beliau kepada media.