Posts

Showing posts from 2021

Cara Buat Minuman Yang Lebih Ummph Dari Restoran Terkemuka

Image
KATANYA LAGI SEDAP DARIPADA STAR******!!! Bahan: 2 sudu Milo 1 paket Nescafe Latte 1 paket Oldtown White Coffee Mocha 1 sudu Nutella Susu putih Cara: 1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan 2) Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas 3) Masukkan 1/4 cawan susu putih 4) Letak ais secukupnya NYUM!

Cara Ambil Gambar Terbaik Semasa Melancong

Image
Nahh cara amik gambar dgn angel yg betul. Baru lah member happy gambar dia lawo haha. Kongsi dgn semua ya ♥🤓 Tinggalkan ruang kosong lebih di bahagian atas kepala berbanding bahagian bawah kaki...

Resepi Sate Ayam Sedap

Image
Puas hati bila buat sendiri.. Lg sedap 😋 Mkn camtu je pon, dh sedap.. Walaupun mkn berdua je.. Sy lg suka buat sndri.. 1 ekor ayam dptla, 40cucuk.. Tu pon buat bsr2.. Resepi sate ayam merecikkk 😘 (untuk 1ekor ayam) BAHAN2 -1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan) ❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam) Bhn blend -2 labu bwg besar ** -5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)** -1 labu bwg putih ** -2 Inci halia** -4 btg serai ** (satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air) Bhn perap -2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2) -1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap) -2 sk garam -4 sk serbuk kunyit -3 sb jintan manis CARA2 -dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap.. -gaul sebati.. -boleh tambah apa yg kurang, gula/garam.. -perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr) -bila dh perap, baru cucuk ye.. -nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh.. -lebihan p

Kenali Nama Dan Jenis Pisang

Image
Terdapat berbagai jenis pisang yang selalu kita makan secara terus atau dibuat pisang goreng atau cekodok. Buah pisang amat sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai makanan pelengkap seharian. Terdapat juga kek pisang yang enak selalu dijual di supermarket. Mari kenali jenis-jenis pisang yang selalu kita makan... Pisang embun Pisang nangka Pisang raja udang Pisang tanduk Pisang susu Pisang raja Pisang berangan Pisang awak Pisang nipah Pisang rastali Pisang emas

Iruttu (2019)

Image
Iruttu (2019) Tamil 2h12min Rating⭐️ 5.3/10 IMDb Hardsub Malay Cast: Sundar C., Sai Dhanshika, Vimala Raman, Sakshi Choudhary, Yogi Babu, Shaji Chen Genre: Drama, Mystery Sinopsis: Ceritanya bermula di sebuah bandar, tepat jam 12 tengah hari, tiba-tiba bandar itu bertukar menjadi gelap seperti malam dalam beberapa minit. Fenomena aneh ini, pada mulanya hanya sekadar menimbulkan tanda tanya sahaja, lama-kelamaan menjadi mimpi ngeri penduduk di situ, setelah mengetahui ada beberapa orang akan mati dibunuh dengan dasyat ketika fenomena itu berlaku. Tak cukup dengan pembunuhan ngeri itu, inspektor yang menyiasat kes ini juga ditemui mati bunuh diri. Chezhiyan telah ditugaskan sebagai pegawai polis baru di bandar berkenaan. Dia turut membawa isteri dan anaknya berpindah kesana. Dapatkah Chezhiyan merungkai misteri yang berlaku?

Resepi Air Rebusan Lemon Detox

Image
Air rebusan ini sangat sesuai untuk membuang angin dalam badan dan menguruskan badan.

7 Cara Pilih Buah Tembikai Manis Dan Berair

Image
Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy. Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair. Sebenarnya ada beberapa cara tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini. Cara-cara Pilih Buah Tembikai Manis Dan Berair 1. Kenali Jantina Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja. 2.Tompokan Kuning Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan terse

Khasiat Buah Tembikai

Image
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan. 2. Baik Untuk Jantung Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University. Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes. 3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melaw

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai Tahun 2021

Image
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai. Contoh: Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202 Potongan KWSP (11%) = RM4,202 Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan) Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund. Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan : 1. Borang EA / EC / CP58 Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.  Orang kerja swasta, sediakan borang EA.  Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat. Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020. S

Error Code Mesin Basuh Automatik

Image
UNIVERSAL BOARD (display) E4 - water level sensor UNIVERSAL BOARD TIADA DISPLAY lampu ketiga baris tengah blinking non stop.- board BEKO E1 - Berkaitan water inlet E2 - Berkaitan drain motor E3 - Unbalance E4- Over flow E5- Water level E6- Berkaitan pintu Fd - Cuba reset ( ada dalam list di bawah) BUTTERFLY E5 - Syiling DAEMA E2 suis pintu. tukar baru. bypass DAEWOO E8 - Load sensor E9 - Water level sensor  1E - water inlet LE - Lid/ door error OE - Drain water error UE - Wash load error DAEWOO/SHARP E8- LOAD SENSING ERROR E9- WATER SENSOR ERROR IE- INLET ERROR LE- LID ERROR OE- DRAIN ERROR UE- UNBALANCA ERROR ELECTROLUX E5 - masalah air tak keluar(sumbat). syiling dll. E10 : Inlet error E20: Drain error E30: Pressure error E40: Door error E50: Eprrom error E60: Heat error HISENSE E1- Suis pintu ( abg syawal *HITACHI C0- OVERLOUD ERROR C1- INLET VALVE ERROR C2-DRAIN ERROR C3/C4- DOOR ERROR C8- DOOR LOCK ERROR C9-DOOR LOCK NOT RELEASED ERROR F1- WATER PRESSURE ERROR F9-CLUTCH GEAR ERROR

49 Istilah Bahasa Saham Yang Perlu Anda Tahu

Image
1. Bull : pasaran tgh menaik/ banyak belian/ indeks hijau 2. Bear: pasaran menurun/ Banyak jualan/ indeks merah 3. Uptrend : konter tgh menaik 4. Downtrend : konter menurun. 5. Reversal : konter yg berubah trend diatas  6. Sideway: kaunter/stocks yg bergerak tanpa penurunan atau kenaikan. 7. Loss : rugi 8. Profit : popit/ untung 9. Resistance: paras harga yg selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik. 10. Support: paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh. 11. RBS (resistance become support): paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support. 12. Limit up: kenaikan pada tahap harga harian yg tertinggi. 13. Limit down: tahap harga harian yg terendah. 14. Gap up: harga buka lbh tinggi dari closed price smlm. 15. Gap down: harga buka rendah dari smlm 16. Q buy : beratur utk belian  17. Q sell : beratur utk jualan 18. Retrace: seperti pullback 19. Pullback: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dan bersifat sementara ketika up-tr

Maksud 'Corporate Exercise' Bagi Syarikat

Image
Corporate exercise simple analysis 1 - Bonus Share - Paling best  Bonus share menunjukkan company nak simpan duit taknak bagi dividen ( maybe nak expand) , so dia reward pelabur dengan bagi bonus share 2 - Share Split - Best  Cheap thing create demand . So bila dia split saham dia , harga jadi rendah and buka peluang baru untuk orang membeli lagi .  3 - Right issue - Kurang best ( melainkan kalau deep discount )  There's a possibility right issue tak fully subscribe so company tak dapat fully raise fund yang dia nak untuk keperluan dia . Kalau deep discount baru possibility nak fully subscribe tu ada .  4 - Share consolidation - Tak best  Expensive thing create supply . Bila dia consolidate , harga saham jadi tinggi dan akan trigger orang untuk jual

Jenis-jenis Pelabur Saham Yang Perlu Kita Tahu

Image
KITA PAKAI TOPI APA? Inilah persoalan yang perlu kita jawab sebelum memasuki sesuatu saham. Setiap pedagang dan pelabur mesti memiliki sebab yang jelas sebelum membuat keputusan. Mengapa membeli atau menjual sesuatu saham? Ada segelintir yang asalnya "scalper" tiba-tiba menjadi "trader" atau "swinger" setelah saham yang dimasuki tidak menjadi dek kemerahan yang akhirnya membawa kerugian lebih tinggi. Scalper -Memasuki sesuatu stok dengan waktu paling singkat.  - Tempoh masa dalam beberapa minit sahaja.  - Istilah yang dipakai ialah FIFO (Fast In Fast Out).  Trader - Memasuki sesuatu stok dengan waktu singkat.  - Tempoh masa dalam beberapa jam atau beberapa hari sahaja.  - Istilah yang dipakai ialah BTST (Buy Today Sell Tomorrow) dan dll. Swinger - Memasuki sesuatu stok dengan waktu yang tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu lama. - Tempoh masa dalam beberapa minggu sehingga 3/6 bulan. Ia mengikut ROI yang ingin dicapai. Investor - Memasuki sesuatu stok d

Etika Semasa Menghadiri Mesyuarat Atau Latihan Secara Online

Image
Etiket Semasa Menghadiri Mesyuarat / perjumpaan/ latihan “online” 1. Tepati masa. Masa untuk mula dan masa untuk tamatkan sesi online. Ramai orang merasa selesa di rumah tetapi hormatilah masa orang lain.  2. Penampilan kemas. Jangan pakai baju tidur / pakaian di rumah yang seksi, rambut yang tidak terurus, dan sebagainya. Nampak profesional, sekurang-kurangnya pinggang ke atas. 3. Jaga latar belakang. Jangan nampak rumah / bilik bersepah, katil berselerak, almari terbuka dll. Latar belakang yang menarik seperti rak buku, lukisan, sedikit pasu atau hiasan akan nampak lebih profesional.  4. Elakkan makan dan minum, mengunyah ‘chewing gum’ sewaktu bermesyuarat dengan pelanggan, rakan sepejabat dll. 5. Sentiasa uji / test dulu laptop, speaker, internet, aplikasi yang akan digunakan untuk mesyuarat/ perjumpaan/ latihan secara online. 6. Pastikan bateri laptop / telefon bimbit / tablet penuh. Sentiasa standby charger. 7. Cahaya mestilah mencukupi. Buka tingkap atau nyalakan lampu. Jangan pu

Tutorial Cara Masak Nasi Sampai Jadi

Image
Alkisah masak nasi lupa nk tekan switch, lupa nk boh air plg teruk blm jumpa lg yg lupa nk masukkan beras.. Org lelaki walaupun tk pandai tapi kami ni lebih teknikal+praktikal Tutorial masak nasi sampai jadi. 1.Plan byk mana nak masak anggaran nk makan berapa orang, ni penting supaya tiada berlaku pembaziran. 2.Masukkan beras dlm periuk nasi, basuh atau bilas beras, mak-mak orang lama tok tok dulu dh ajar baca ayat minta apa yg nk masak makan ni beroleh keberkatan, nk bagi anak pandai nk bagi laki sayang masa nilah dok amal baca surah2 tertentu..paling takda pun bacalah bismillah.  3.Bilas beras bukan takat sekali bilas sampai air beras tu jernih, dari segi teori cara ni kurangkan sikit nasi berkanji, apa pun nasi tetap kanji cuma kejadian nasi lebih bersih.. kalau aku masak beras sushi bilas air jer 7x tau😁 4.Lepas bilas time nilah kena sukat byk mana nk letak air, ikut cara mak mak dulu dulu letak kari telunjuk, biasanya tgok takat lekuk jari tu.. insyallah masak pasti jadi.. siap m

Cara Kenal pasti Saham Sudah Overbought Atau Oversold

Image
Ramai tanya pasal oversold dan overbought. 1.Overbought, adalah petanda saham sudah terlebih beli. Maksudnya bila dah takda cash to fuel the rally,harga dijangka akan turun,correction atau turun terus. 2.Oversold, adalah petanda saham sudah terlebih jual. Masa level oversold ni lah paling biasa pelabur baru akan mula panik dan risau akan status saham mereka. Sepatutnya pelabur tak perlu risau sgt sebab harga sudah terlebih jualan,bila terlebih jualan,saham tersebut sudah penat turun dan mungkin juga bakal berlaku pantulan kenaikan. Untuk mudah melihat kawasan Overbought atau oversold boleh gunakan Indicator Relative Strenght Index(RSI) juga Stochastic Slow. Itu cara saya...lebih selesa. === Bagaimana pula nak entry,nak beli saham? Macam2 cara nak entry,tapi ini antara 3 criteria mudah nak selamat disamping beli ketika suasana senyap. 1.Ketika breakout,iaitu harga melepasi tertinggi sebelumnya 2.Ketika harga berada pada support 3.ketika harga berada pada oversold seperti stochastic bera

Status PKPB Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Image
TERKINI: Status PKPB bagi setiap negeri:  1. Kedah  Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh negeri Kedah mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 2. Perak Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh negeri Perak mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 3. Negeri Sembilan Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh Negeri Sembilan mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 4. Pahang Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh Negeri Pahang mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 5. Terengganu  Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh Negeri Terengganu  mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 6. Perlis Kerajaan akan melaksanakan PKP bagi seluruh Negeri Perlis mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021