49 Istilah Bahasa Saham Yang Perlu Anda Tahu

1. Bull : pasaran tgh menaik/ banyak belian/ indeks hijau

2. Bear: pasaran menurun/ Banyak jualan/ indeks merah

3. Uptrend : konter tgh menaik

4. Downtrend : konter menurun.

5. Reversal : konter yg berubah trend diatas 

6. Sideway: kaunter/stocks yg bergerak tanpa penurunan atau kenaikan.

7. Loss : rugi

8. Profit : popit/ untung

9. Resistance: paras harga yg selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik.

10. Support: paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh.

11. RBS (resistance become support): paras harga yg dahulunya resistance menjadi paras support.

12. Limit up: kenaikan pada tahap harga harian yg tertinggi.

13. Limit down: tahap harga harian yg terendah.

14. Gap up: harga buka lbh tinggi dari closed price smlm.

15. Gap down: harga buka rendah dari smlm

16. Q buy : beratur utk belian 

17. Q sell : beratur utk jualan

18. Retrace: seperti pullback

19. Pullback: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dan bersifat sementara ketika up-trend

20. Correction: harga jatuh setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend dan bersifat agak lama/panjang

21. Rebound : kenaikan sementara pada sesuatu kaunter saham yg dalam downtrend.

22. Market Crash: kejatuhan besar dan lama pada keseluruhan pasaran saham diketika ekonomi yg tidak sihat

23. Entry Price/ ep : harga  belian yg sepatutnya.

24. Sell/ Exit : jual

25. Hold : konter yg dibeli disimpan

26. Cut loss/ CL: jual pada harga yg rendah dari harga belian.

27. Take Profit: menjual sebahagian atau kesemua lot saham yg dibeli setelah mendpt keuntungan capital gain

28. Target Price/ TP: paras harga yg dijangka akan dicapai. TP juga dikenali Take Profit

29. Entry price/ EP: harga masuk yg dicadangkan

30. Stop Loss/ SL: sama dgn CL

31. Breakout/ BO: harga melebihi paras target atau resistent

32.Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.

33. Diversify – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi mengurangkan risiko.

34. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham (shareholder) pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.

35. indeks – Penanda aras dalam setiap sektor. Diwakili oleh 30konter

36. Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.

37. Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot

38. Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.

39. Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.

40. Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli

41. Saham/kaunter Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.

42. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dlm sehari.

43. UMA (unusual market activity) : pertanyaan dari Bursa kpd syarikat yg pergerakan harga yg luar biasa.

44. Trend: samada bullish (menaik) atau bearish (menurun).

45. Trendline: garisan yg dibuat bagi menentukan aras SnR dan trend sesuatu konter

46. DTL (downtrend line): bearish trendline- garisan yg dibina pada titik2 resistance di chart downtrend. 

47. BO DTL: breakout downtrend line.

48. BO 52w: breakout paras resistance/ harga tertinggi within 1year atau 52 weeks

49. T0,T1,T2,T3,T4...:

T ialah transaction day. T0 ialah buy day.

Jenis pelabur

1. Intraday/ trader: belian dan jualan dlm masa hari yg sama

2. Swing: belian dan jualan dlm jangka masa lebih satu hari dan kurang seminggu

3. Position: mid to long term

4. Invest: long term atau beberapa tahun

Teknik2 saham yg biasa digunakan

FA - Fundamental analysis 

kajian berkaitan dgn perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat (terutamanya earnings)

TA - Technical Analysis

Kajian berkaitan dgn volume, price, indikator, candlestick yg menggunakan chart

PVA: Price Value Action

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial Cara Masak Nasi Sampai Jadi

Senarai Pasar Hari Dan Pasar Pagi Di Daerah Kerian Perak

Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung