Posts

Showing posts from 2020

Bintik-bintik Gatal Dyshidrotik Ezcema

Image
DYSHIDROTIC EZCEMA.  (post ni bukan jual produk,sila baca habis ya😊) Pernah kena bintik2 gatal ni tak? Nampak kawan belah group post td, tengok ramai juga org kena benda ni. So tergerak hati nak sharing manatau dapat membantu kan 😊 sila baca habis ya. Ini sekadar perkongsian dari pengalaman saya sendiri. Saya pernah kena sakit ni dalam 2-3 tahun on off. Maksudnya, sembuh pastu datang balik. Nak sembuh memang kena tunggu lama la tapi bila sembuh kejap ja pastu datang lagi. Gatal ni pindah randah tangan kiri ke kanan kadang2 kedua2 tangan kena hampir seluruh jari. Itu disebabkan cecair dari bintik2 tu la. Bila bintik2 tu pecah kulit gatal dan kering dan merekah. Sakit gila!! 😵 Ok, point utama yang saya nak kongsikan. Disebabkan hampir semua ubat saya dah cuba kecuali injection klinik swasta.  Saya pun korek FB dan GOOGLE. So, masalah saya adalah disebabkan bahan2 pencuci yang mengandungi ANTI BAKTERIA (ANTI-BAC) seperti pencuci pinggan, baju, shampoo, shower cream, sabun dan lain2. Ja

10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

Image
10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan 10 perkara yang kita perlu tahu mengenai pinjaman kakitangan awam LPPSA :- 1. Pembeli rumah perlu disahkan jawatan dulu 2. Mengetahui kelayakan nilai pembelian rumah 3. Lppsa boleh mohon 2 kali sepanjang perkhidmatan dengan syarat tertentu  4. Kiraan kelayakan berbeza daripada Lppsa kali pertama dan kali kedua 5. Buyer boleh beli tanah pertanian dengan syarat tertentu  6. Permohonan beli tanah dan buat rumah dianggap 1 permohonan (cuma kne apply beli tanah dulu, dh start potong baru apply utk bina rumah. Satu satu, bukan sekaligus) 7. Pembelian rumah subsales, kos penilaian  hartanah percuma 8. Pembelian rumah dalam pembinaan, progressive payment selepas bulan ke-25 atau selepas 95% dh siap. 9. Tempoh pembiayaan berbeza antara skim  pencen dan skim kwsp. 10. Tempoh pembiayaan berbeza antara Lppsa pertama Dan Lppsa kedua.

Istilah Jerung Dalam Bursa Saham Kuala Lumpur

Image
KWSP merupakan salah satu JERUNG terbesar di Bursa Malaysia . Istilah JERUNG selalu bermain di bibir pemain saham . Bagi yg mengikuti saham-saham di Malaysia akn mengikut rentak jerung utk meningkatkan volume dan nilai saham.  Kebiasaannya jerung akn masuk pasaran sekitar pukul 3:30 hingga 4:00 petang atau paling awal pukul 3:00 petang. Jadi trend inilah yg paling dicari oleh para pelabur saham.  Jerung adalah istilah kepada front managers kpd dana institusi besar sprt KWSP,  PNB,  TH,  LTAT dan KWAP.  Selain itu jerung yg sederhana adalah dari institusi yg mengendalikan tabung-tabung amanah,  bank-bank dll.  Selalunya pemain saham akn mencari kaunter-kaunter yg menjadi pegangan besar kpd jerung-jerung ini.  KWSP telah mula menjadi pemegang saham utama dlm Top Glove sebelum ia melonjak tinggi. Ia juga telah mengambil sebegitu bnyk untung.  Setelah ura-ura vaksin Covid-19 dijumpai,  nilai saham bagi syarikat pengeluar sarung tangan kesihatan spt Top Glove mengalami kegoyahan sedikit.  S

Simkad Percuma YES4G Untuk Guru 2Gb Sebulan

Image
Simkad Percuma YES4G Untuk Guru 2Gb Sebulan YTL foundation (Yes4G) akan memberikan kad SIM prabayar Yes4G dengan data 2GB/sebulan secara percuma kepada guru-guru seluruh Malaysia untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Simkad YES4G percuma ini akan dihantar ke alamat rumah yang anda daftar sebentar lagi. Dapatkan maklumat lengkap berkenaan simkad percuma Yes4G ini dari laman web YTL Foundation di sini  https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-guru/ Ini merupakan  cara untuk mendaftar simkad Yes4G guru secara percuma. 1. Mula-mula sekali sila klik pada link tersebut (borang permohonan online)  https://bit.ly/LFHTeacher 2. Masukkan alamat emel anda yang aktif dan masih boleh diakses kerana emel pengesahan akan dihantar ke emel ini 3. Tekan butang 'Next' 4. Sila masukkan maklumat berikut dengan lengkap Nama Penuh seperti MyKad * Full Name as per MyKad Nombor MyKad *MyKad Number Alamat Penghantaran (sila masukkan Alamat penuh termasuk Bandar,

Asas Belajar Hukum Tajwid

Image
Mengenali Hukum Tajwid Bacaan Al-Quran BASIC MENGENALI HUKUM TAJWID 🌹_*Hukum NUN mati @ TANWIN ada 4;*_ 1. Izhar. (Ø¡ Ú¾ ع Ø­ غ Ø®) 2. Idgham(maal ghnnh @ bila ghunnah). (Ù„ ر ÙŠ Ùˆ Ù… Ù†)  3. Iqlab. (ب) 4. Ikhfa'. (15 huruf selain di atas) 🌹_*Hukum QOLQOLAH ada 3;*_ 1. Qalqalah shugrah. (Shugro) (Di tengah = ب ج د Ù‚ Ø·) 2. Qalqalah kubra. (Kubro) (Di hujung = ب ج د Ù‚ Ø·) 3. Qalqalah akbar. (Akbar) (Di hujung & bersabdu = ب ج د Ù‚ Ø·) 🌹_*Hukum 3 IDGHAM ada 3;*_ 1. Idgham mutamathilain.(Serupa) 2. Idgham mutaqoribain.(Hampir) 3. Idgham mutajanisain.(Sma x serupa) 🌹_*Hukum GHUNNAH MUSYADDADAH (Wajibul Ghunnah) ada 2;*_ *( WAJIB DENGUNG )* 1. Mim bertasydid @ sabdu. 2. Nun bertasydid @ sabdu. 🌹_*Hukum MIM mati ada 3;*_ 1. Ikhfa' syafawi. (ب = Dengung) 2. Idgham mithlain shagir. (Ù… = Dengung) 3. Izhar syafawi. (Tidak dengung) 🌹_*Hukum LAM ta'rif ada 2;*_ 1. Idgham Syamsi @ alif lam syamsiah. (Huruf slps alif lam, bersabdu) 2. Izhar Qamari @ alif lam qomariah. (Huruf slps alif lam,

Tasik Super Jernih Di Nevada Amerika

Image
Tasik Tahoe 'super' jernih & cantik Tasik Tahoe yang terletak di Nevada, Amerika merupakan antara tasik yang paling jernih di negara tersebut.  Tasik ini yang berkeluasan 490 kilometer persegi dan mempunyai kedalaman maksimum sehingga 501 meter.  Kejernihan air tasik ni antara salah satu faktor utama kenapa ramai yang datang ke sin. Dan menjadikan kawasan ini sebagai satu tempat riadah untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Kampung Menarik Di Filipina

Image
Kampung Warna Warni Di Filipina Sebuah tempat yang dikenali sebagai Valley of Colours terletak di La trinidad, Benguet Filipina merupakan salah satu daya tarikan terdapat dekat sana.  Kawasan ni mempunyai rumah yang di cat dengan pelbagai warna terang yang sangat menarik.  Pelancong yang datang ke kawasan ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi penduduk setempat.

Apakah Maksud 'Private Placement'

Image
Private Placement Dalam Pasaran Saham APAKAH ITU PRIVATE PLACEMENT (PP) Jika kita seorang yang mengkaji sesuatu kaunter saham secara mendalam, akan dapati terdapat pengumuman berkenaan *New Issue of Securities (Chapter 6 Of Listing Requirement): Fund Raising. *Perkara ini berkait rapat dengan penambahan modal syarikat. Kebiasaannya apabila ia berkaitan dengan penambahan modal, perkataan Private Placement sering muncul. Namun apakah sebenarnya Private Placement dan kenapa ia menjadi pilihan serta alternatif kepada sesetengah syarikat untuk meningkatkan modal dan bukan melalui pinjaman bank? Private Placement adalah suatu bentuk tawaran dan terbitan saham dari syarikat kepada pelabur bagi meningkatkan modal syarikat dan menjadi sebahagian dari syarikat. Penjualan saham syarikat kepada pelabur runcit dan institusi terpilih yang merangkumi pelabur individu, syarikat insurans, *mutual fund* dan peserta-peserta yang berkelayakan. Syarat bagi seorang yang individu adalah mempunyai asset bersi

Tips Penjagaan Proton Exora Bold

Image
Tips milleage penjagaan Exora Cfe buat yang baru memiliki Exora cfe : MINYAK BREK - SETIAP 60K OIL COOLANT RADIATOR - SETIAP 60K MINYAK POWER STEERING - SETIAP 60K SERVIS TURBO - SETIAP 50K TIMING BELT - SETIAP 80K OIL GEAR CVT & FUEL FILTER - SETIAP 60K OCH HOSE - SETIAP 40K SPARK PLUG - SETIAP 70K MINYAK ENJIN SEMI - SETIAP 5K  MINYAK ENJIN FULLY - SETIAP 8K Tambahan : Pasang Oil Catch Tank supaya turbo sentiasa bersih. Harap membantu buat pemilik exora cfe.

Tempat Makan Terbaik Di Langkawi

Image
HA NI ANTARA TEMPAT MAKAN TERBAIK DI LANGKAWI 😋😋 ✔SARAPAN PAGI Nasi Kandar Lan Nasi atan kuah Roti canai black papper (temoyong) Nasi gulai panas kisap Gulai Pendy (chenang) Nasi Dagang Pak Malau(makam mahsuri) Nasi Kandar Nashu Gulai Uji  Nasi atan Warung kita l'kawi nasi dagang cenang Din dalca nasi kandaq padang matsirat ✔LUNCH Kedai Kak Timah Kuah Bbq Restoran Kuah Restoran Fatimah Nasi Ayam Pak Ya Kedai Kak Yan U Melaka Ikan Bakaq Padang Matsirat Bihun sup pak teh (air hangat) Nasi goreng udang(killim) Nasi Arab Kaki Gunung Nasi Ayam Periuk Besar Akmal nasi campur pdg matsirat Che mat nasi ayam lubuk setol Montel cefe ✔MAKAN PETANG Hafiz Rojak Kedawang Hafiz Rojak Pantai Kok Mee Rebus Aziz Kuah Mee Kuah Udang Lipan Teriang Laksa Ikan Sekor Hujung Airport Kedai Maksu Kak ton pasembor bayas Kak yan peneram tersedap di abat ini(kuala melaka) Mee racun pantai cenang ✔DINNER Kak G Ikan Bakaq Veena Restoran Kuala Chenang Seafood Saujana Seafood Lubuk buaya restran (chenang) Gulai

Cara Membaiki Error E08 Pada Pencetak Canon MP258

Image
E08 adalah error yang disebabkan limit print dari head sudah mencapai 2000 helai, yang biasanya printer minta di reset. Printer MP258 atau MP250 biasanya akan berlaku perkara ini. Berikut ada langkah-langkahnya 1. Printer dalam keadaan mati dan kabel listrik terpasang. 2. Tekan Tombol STOP/RESET dan tahan, kemudian tekan tombol POWER dan tahan. 3. Tombol POWER masih ditekan, lepas tombol STOP/RESET, kemudian tekan tombol STOP/RESET 2 x dalam keadaan tombol power masih ditekan. 4. Lepas kedua tombol secara bersamaan. 5. Printer akan berproses beberapa saat (agak lama), kemudian LCD Panel akan menunjukkan angka NOL (0) 6. Komputer akan mendeteksi DEVICE BARU, Abaikan saja … 7. Keadaan ini menunjukkan printer MP258 dalam keadaan SERVICE MODE dan siap direset. Kemudian download software nya disini DI SINI 1. Exctract File Resetter MP258. 2. Siapkan 2 kertas di printer (ini untuk print pada waktu proses reset) 3. Jalankan program Resetter MP258. Klik “MAIN”, maka printer akan berproses, kem

Intipati Belanjawan Malaysia 2021

Image
RM3000 pelepasan cukai bagi gaya hidup Pemberian e-rebate RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan RM400 sumbangan dari syarikat sarung tangan iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan untuk perangi covid-19 termasuk kos vaksin RM600 bantuan khas kewangan "one-off" untuk kakitangan awam gred 56 ke bawah RM1000 pelepasan cukai vaksin untuk diri, pasangan dan anak

Resepi Kuih Kalakatar Orang Banjar

Image
1. Kalakatar hanya terdapat dan dijual oleh masyarakat Banjar di Daerah Kerian (Utara Perak) sahaja. 2. Pernah mendapat liputan pembuatan Kalakatar di Majalah 3 tahun 2007 atau 2008 dahulu. 3. Kalakatar sangat terkenal di sekitar Daerah Kerian sehingga orang selain Banjar turut mencarinya. 4. Memandangkan Kalakatar tidak terdapat di kawasan lain termasuklah Banua Banjar Kalimantan Selatan, pencipta awal resepi ini masih MISTERI. 5. Asal-usul nama Kalakatar disebut dan kaitannya masih tidak diketahui secara tepat. 6. Uniknya kuih ini menggunakan bahan isi kelapa muda termasuklah airnya. 7. Boleh dimasak secara bakar atau kukus, tetapi kaedah bakar lebih popular. 8. Pada hari biasa dijual di sekitar Pekan Batu 5 dan pekan berdekatan yang lain, malah bertambah pada bulan puasa. 9. Harga biasa sepotong 40-50 sen. Harga seperiuk besar RM20 ke atas. 10. Air dan isi kelapa muda membuatkan rasa Kalakatar sangat unik banding kuih yang lain. Di bawah akan dikongsikan cara-cara membuat kuih kalak

Syarikat J&T Semanggol Perak

Image
Berita baik untuk semua pelanggan yang dihormati, syarikat penghantaran surat dan barang J&T Express Simpang Empat Semanggol, Perak telah mula dibuka. Jadi kepada semua pelanggan yang memerlukan perkhidmatan penghantaran barang boleh datang ke sini J&T Express. Staff kami sedia membantu anda untuk menggunakan perkhidmatan J&T Express. Kami amat menghargai segala sokongan dari anda!!! Waktu operasi J&T Express  Mula dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 7 malam  Dibuka pada setiap hari (365 hari) So guys,jemput datang beramai-ramai bagi menggunakan perkhidmatan J&T Express!!!

Band Penyedia Telco Di Malaysia

Image
Berikut merupakan senaraiband bagi penyedia telco di Malaysia. Boleh dibuat sebagai rujukan untuk membeli modem simkad portable.  🔵Yes4G : Band 20, 38, 40 🟡Digi : Band 3, 7, 8 🟦Celcom : Band 1, 3, 7 🔴Maxis : Band 1, 3, 7 🟠Umobile : Band 3, 7 🟤Unifi Band 5, 38, 40

Sambal Goreng

Image
Sambal goreng macam sambal ayam penyet. Bahan A Cili padi Cili besar Tomato Bawang besar Belacan Bawang merah Goreng bahan A dengan minyak yang banyak sampai layu. Kemudian blend. Bagi perisa gula dan garam. Bila dah siap blend..tumis sekajap hingga naik minyak.. Kalau nak lagi sedap. Sebelum makan boleh perah limau sedikit.

Otak Kiri Atau Otak Kanan

Image
OTAK KANAN ATAU KIRI? Gambar pertama yang akan anda lihat, akan menunjukkan hemisfera yang paling banyak digunakan. Lihat gambar dengan pantas. Haiwan mana yang anda lihat dahulu? Lepas lihat gambar yang ditunjukkan. Sila baca ciri-ciri yang ada pada diri anda. 1. KEPALA HARIMAU. Hemisfera kiri otak anda lebih aktif daripada sebelah kanan. Anda adalah orang yang analitik, sangat fokus pada kejayaan matlamat anda dan teratur. Apabila anda menghadapi masalah, anda cenderung logik, kalkulator dan objektif. Namun, kadang-kadang anda terlalu memikirkan keputusan yang anda buat, memeriksa apakah keputusan itu betul, yang menjadikan anda cenderung tegas. Ingat bahawa sedikit kerendahan hati akan menolong anda. Ciri keperibadian anda adalah seperti berikut: Teratur: Anda melakukan semua perkara secara terancang, seperti anda mempunyai senarai lengkap. Tepat: anda mempunyai matlamat yang tetap dan anda tahu cara untuk mencapainya. Jernih : emosi dan perasaan tidak menghalang anda mencapai matla

Body Control Module (BCM)-Exora

Image
1. Sistem Immobilizer *Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder 2. Isyarat Bateri Transmitter *Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter. 3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search) *Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali. *Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. 4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU) *Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain. *Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter. *Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah 5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection) *P

Resepi Nasi Kandar Utara

Image
Resepi Nasi Kandaq ✨Nasi -Basuh beras dan ketepikan. -Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula. Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna. -Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur. -Kemudian pindahkan ke dlm rice cooker. ✨Ayam Goreng -Bahan bancuhan Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari Sedikit tepung beras Serbuk Cili Kering Serbuk Kari Daging Sedikit Garam -Adun dgn air sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak. ✨Kuah kicap+kari Bawang Besar hiris Bawang Putih hiris Rempah 3 sekawan Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit) -Tumis semua sampai garing dan naik bau -Kemudian bubuh: Serbuk Cili Kering Serbuk Kari Daging -Masukkan kentang, tomato, terung dan air -Biarkan sampai mengelegak. -Kemudian masukkan: Kicap Manis (sampai colour kehitaman yg kita nak) Gula Garam Sos cili 3sudu -Balancekan sampai dpt rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan p

Cara Mudah Dan Cepat Masak Steak

Image
Sebenarnya nak masak steak mcm kat kedai tu x susah dan x mahal mana pun kalau buat kat rumah. Boleh follow cara2 kat bawah: 1) Kalau dpt daging tenderloin yg belum potong, potong tebal dlm tebal 3 jari. 2) Perap guna secubit garam dan lada putih utk setiap potongan. Jgn terlebih garam sbb nnt bole jd masin gile. 3) Sebelum nak grill tu, pastikan daging da betul2 cair, agak2 dlm suhu bilik. Jgn terus masak daging frozen sbb nnt jd x masak kat dalam tp kat luar da rentung. 4) Cairkan butter dlm 50 gram (kalau 4 keping camni) dan 4-5 ulas bawang putih. Lg byk bawang putih lg sedap bros 5) Sambil goreng tu, simbahkan butter tu ke belah atas daging. Buat pelan2 takut terpercik ke badan pulak. 6) Goreng setiap side dlm 2-3 minit je. Jgn lebih masa sbb bole jd liat. Walaupun pink kat tgh, tp sebenarnya dah masak. Jgn risau. 7) Dah siap. Hidang dgn salad dan fries. Selamat mencuba. Time to impress our wives!

Ayam Bakar Madu Pantai Timur

Image
Untuk 10kg ayam potong @ 6 ekor ayam (korang nisbah kan sendri dgn kg ayam korang) (tak digalakkam ayam sekor macam ayam golek) Rempah sos perapan: 1. 1kg gula pasir 2. 250g serbuk cili babas 3. 500g sos cili kimbal 4. 7 sudu ajinomoto 5. 3 sudu garam halus Cara-cara: 1. Basuh ayam dan toskan sehingga kering 2. Gaulkan kesemua sos perapan sehingga sebati 3. Gaulkan sos perapan serta ayam (dlm bekas A) 4. Asingkan ayam dan susun rapat ke dlm Bekas B 5. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam 6. Simpan lebihamln sos perapan di bekas A (guna untuk sapu ayam ketika bakar) 7. Bakar ayam atas bara arang atau oven Selamat mencuba yaa bapak2 sekalian... InshaAllah senyum lebar orang rumah..

Mafia Chapter 1

Image
Kisah Aryan dari Biro Narkotik cuba memerangi pengedaran dadah di Tamil Nadu. Sukar untuk dia mendapatkan maklumat berikutan sindiket itu berselindung dengan kulit luaran yang nampak 'suci lagi murni'.   Dan Aryan menghadapi halangan dan cuba mengatasi musuhnya yang lebih licik dari yang di sangka.  Berjayakah dia? . Kategori: Boleh layan . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/3aZDFLj

HIT The First Case

Image
HIT : THE FIRST CASE (2020) Telugu HD Genre : Suspense Thriller Cast : Vishwak Sen, Ruhani Sharma, Murli Sharma. Apabila menonton sebuah filem thriller suspen melibatkan misteri pembunuhan.. Lazimnya kita akan meneka2 siapa pelakunya berdasarkan cantuman kepingan puzzle yang hilang..Dan berteka teki siapakah villain sampai ke penghujung adalah satu kepuasan..betul tak? Vikram, seorang polis dari unit HIT (Homicide Intervention Team) hanya memerlukan masa kurang dari 5 minit untuk menyelesaikan dua kes yang berasingan. Ini menunjukkan betapa bijaknya dia dalam menyelesaikan sesuatu kes. Disebalik kebijaksanaannya, Vikram sebenarnya sukar bekerja dengan tenang kerana mengalami ganguan mental akibat trauma akan satu insiden hitam dimasa lalu. Rentetan itu, dia memohon cuti 6 bulan untuk dia keluar dari masalah yang dihadapi. Seorang gadis remaja telah hilang ketika kenderaanya rosak di highway dan SI yang menyiasat kes ini telah digantung akibat kecuaian. Dua bulan kemudian Vikram mendapa

Jenis-jenis Kuih Orang Banjar

Image
Wadai Kipeng Mengenal wadai khas masyarakat banjar di Malaysia Ada pun 41 Macam Wadai Khas Banjar 1. Bingka, 2. Bingka barandam, 3. Kararaban, 4. Kikicak, 5. Bulungan hayam, 6. Kelalapon, 7. Cingkarok batu, 8. Wajik, 9. Apam, 11. Undi-undi, 12. Untuk-untuk, 13. Sarimuka, 14. Wadai balapis, 15. Cincin, 16. Cucur, 17. Lamang, 18. Gagatas, 19. Gaguduh, 20. Ronde, 21. Ilat sapi, 22. Garigit, 23. Sasagun, 24. Lupis, 25. Pais pisang, 26. Hintalu karuang, 27. Wadai satu, 28. Gincil, 29. Katupat balamak, 30. Bubur sagu, 31. Serabi, 32. Putri salat, 33. Patah, 34. Pais sagu, 35. Pais waluh, 36. Dadar gulung, 37. Agar-agar habang, 38. Wadai gayam, 39 Amparan tatak, 40. Pundut, 41. Ipau 42. Kalakatar

Tali Pusat Bayi

Image
Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman. Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita! Ini tanda biasa yang kami jumpa pada tali pusat bayi yang terkena jangkitan kuman: 👉 Tali pusat tu dan kawasan sekeliling jadi merah merah 👉 Ada jugak sampai jadi bengkak luar biasa kat situ 👉 Nanah kuning atau cairan berwarna meleleh keluar dari tali pusat 👉 Kadang tu tak ada nanah pun tapi tali pusat tu berbau busuk 👉 Bayi tiba-tiba je demam tinggi 👉 Bayi enggan menyusu dan nampak lemah Jika baby ada tanda-tanda ni, kena cepat-cepat bawa ke klinik kesihatan atau hospital terdekat. Kita takut kalau terlewat, jangkitan pada tali pusat anak kita tu boleh merebak ke dalam darah akhirnya menjejaskan fungsi organ penting dalam badan. Waktu tu nyawa si comel pun boleh melayang! Sebab tu saya harap sangat mak ayah yang baru terima cahaya mata, tolonglah hati-hati. Jang

Resepi Teh Masala

Image
Teh Masala adalah teh susu khas India yang mencampurkan segala kebaikan rempah-rempah. India adalah penghasil rempah terbesar di dunia dan juga penghasil teh terbaik di dunia, maka dari inilah munculnya Teh Masala ini. Bahan-bahan: Air – 2L/3L Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar Bunga cengkih dan bu ah pelaga Jintan manis Kayu manis Halia Susu pekat Susu segar Susu tepung Gula Cara-cara: Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk. Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar. Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga. Masukkan juga jintan manis. Masukkan kayu manis. Tumbukkan halia. Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan satu cawan susu segar. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati da

Seven 7 Telugu (2019)

Image
Cerita dimulakan dengan babak di balai polis apabila  dua wanita iaitu Ramya dan Jenny yang datang membuat aduan tentang kehilangan suami mereka masing-masing. ACP Prakash (Rahman) yang megendalikan kes ini mendapati kedua-dua wanita ini sedang mencari orang yang sama iaitu suami mereka yang bernama Karthik. Tak lama kemudian seorang lagi wanita, Priya datang ke balai dengan aduan yang sama dan ACP Prakash mendapati suaminya juga adalah Karthik. Prakash menyimpulkan ini melibatkan kes penipuan dan mahu segera menangkap Karthik. Bagaimanapun, twist berlaku apabila lelaki yang mereka cari sebenarnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Sebagai polis, Prakash menolak teori bahawa Karthik adalah roh hantu dan yakin bahawa dia penipu besar... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2Wcf40r

James Bond Telugu

Image
Filem ini mengisahkan tentang Nani seorang lelaki yang penakut dan bekerja sebagai jurutera perisian. Bullet(heroin) adalah mafia Don di Dubai. Ibunya tidak tahu mengenai pekerjaan Bullet. Bullet terpaksa kembali ke India apabila ibunya jatuh sakit. Harapan terakhir ibunya adalah untuk melihat Bullet berkahwin. Nani jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Bullet ketika dia mengunjungi sebuah kuil yang memakai pakaian tradisional. Cerita lain adalah mengenai apa yang berlaku apabila si pengecut seperti Nani berkahwin dengan seorang gadis gangster tanpa mengetahui siapa isterinya yang sebenarnya... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2SgRD54

Gretel And Hansel

Image
Filem ini mengisahkan tentang Gretel adalah seorang gadis berusia 16 tahun. Dia bersama adiknya yaitu Hansel pergi ke sebuah hutan. Mereka membantu orang tuanya untuk bekerja dan mencari makanan. Dengan diterangi sebuah lampu minyak tanah, perjalanan mereka terhenti di sebuah rumah kecil di tengah hutan yang terlihat aneh. Rumah itu konon adalah milik penyihir bernama Holda. Sang penyihir itu menyajikan berbagai makanan untuk Gretel dan Hansel namun dia sangat mencurigakan sebab kabarnya penyihir ini gemar memakan anak-anak... Kisah seterusnya saksikanlah movie kali ini... Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2SgjO4g

3 Idiots

Image
Dua sahabat mencari sahabat lama mereka yang hilang. Mereka melawat semula hari-hari kolej mereka dan mengingat kenangan kawan mereka yang memberi inspirasi kepada mereka untuk berfikir dengan cara yang berbeza, walaupun semua orang memanggil mereka sebagai "3 idiots". #INFO‼️ Filem ini memenangi enam Anugerah Filmfare termasuk Filem Terbaik dan tiga Anugerah Filem Kebangsaan termasuk Filem Popular Terbaik . Di luar negara, ia memenangi Hadiah Utama di Anugerah Videoyasan Jepun sementara dicalonkan untuk Filem Bahasa Asing Terbaik yang Cemerlang di Anugerah Akademi Jepun dan Filem Luar Negeri Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Beijing di China. . Pelakon Utama: Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Boman Irani, Mona Singh, Omi Vaidya . Genre: Drama, Comedy . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/3bNiQEb

Papanasam - Kamal Haasan

Image
Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan kabel TV, Suyambu Lingam, yang meniaga di kawasan kampung pedalaman. Dia tinggal bersama isteri dan dua anak perempuannya. . Minatnya hanya menghabiskan masa di hadapan televisyen menonton filem di pejabat kecilnya. Kehidupannya normal, namun semuanya berubah apabila anak dan isterinya telah membunuh seorang lelaki yang merakam gambar mandi mereka secara tidak sengaja. Suyambu kemudiannya cuba menyembunyikan jenayah ahli keluarganya melalui cerita-cerita filem yang telah ditontonnya. . Bahasa: Tamil Genre: Ngeri, Drama Kategori: Agak slow, tetapi boleh layan Pelakon: Kamal Haasan, Gautami Tadimalla, Niveda Thomas, Esther Anil . Tonton online (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2YgpGyi

Viswasam - Ajith Kumar

Image
Filem ini berkisar tentang penduduk di perkampungan Koduvilarpatti di daerah Theni. Thookudurai dan keluarganya menguruskan kilang beras di kampung itu, sementara Doktor Niranjana datang dari Mumbai untuk menguruskan kem perubatan untuk penduduk kampung. Pada mulanya Thookudurai dan Niranjana tidak bersependapat, namun mereka akhirnya jatuh cinta. . Atas dasar ingin menjaga keselamatan anak, Niranjana membawa anaknya ke bandar untuk dibesarkan dengan lebih selamat lalu meninggalkan suaminya di kampung. Pengorbanan bapa akhirnya membawa kebahagiaan kepada keluarga ini. Dibintangi oleh Ajith Kumar. . Kategori: Boleh layan . Tonton online (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2KGuViu

Duvvada Jagannadham - Allu Arjun

Image
Duvvada Jagannadham - Filem ini berkisar tentang seorang lelaki yang mempunyai 2 identiti iaitu sebagai pengusaha catering berperwatakan lembut dan identiti lain memiliki keberanian dan kemahiran menembak setelah dia menyelamatkan anggota polis dalam kejadian serangan mafia di Hyderabad. . Kemudian dia dilatih oleh pegawai polis dan menyamar sebagai Sami Brahmin untuk membanteras jenayah. Dibintangi oleh Allu Arjun. . Kategori: Boleh layan . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/2VVSJ7h

Mencari Seorang Yang Pemalas

Image
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "Saya adalah yang paling malas." Raja pun bertanya: "Apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "Sampai mana pulak tahap malas awak?" Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam... Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "Saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" Budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas..."