Resepi Kuih Kalakatar Orang Banjar
1. Kalakatar hanya terdapat dan dijual oleh masyarakat Banjar di Daerah Kerian (Utara Perak) sahaja.
2. Pernah mendapat liputan pembuatan Kalakatar di Majalah 3 tahun 2007 atau 2008 dahulu.
3. Kalakatar sangat terkenal di sekitar Daerah Kerian sehingga orang selain Banjar turut mencarinya.
4. Memandangkan Kalakatar tidak terdapat di kawasan lain termasuklah Banua Banjar Kalimantan Selatan, pencipta awal resepi ini masih MISTERI.
5. Asal-usul nama Kalakatar disebut dan kaitannya masih tidak diketahui secara tepat.
6. Uniknya kuih ini menggunakan bahan isi kelapa muda termasuklah airnya.
7. Boleh dimasak secara bakar atau kukus, tetapi kaedah bakar lebih popular.
8. Pada hari biasa dijual di sekitar Pekan Batu 5 dan pekan berdekatan yang lain, malah bertambah pada bulan puasa.
9. Harga biasa sepotong 40-50 sen. Harga seperiuk besar RM20 ke atas.
10. Air dan isi kelapa muda membuatkan rasa Kalakatar sangat unik banding kuih yang lain.
Di bawah akan dikongsikan cara-cara membuat kuih kalakatar yang sedap dan lembut.
RESEPI KUIH ORANG BANJAR 'KALAKATAR'
Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 biji telur
5 ½ cawan air kelapa muda
2 cawan isi kelapa muda - hiris nipis
½ sudu kecil garam
Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali isi kelapa muda. Kacau rata dan tapis untuk pastikan tiada tepung yang berketul.
Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau sekadar keluar wap.
Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10"x10" yang telah dilenser dengan minyak. Tabur isi kelapa muda yang dihiris nipis.
Bakar pada suhu 200C selama 90 minit. Bakar sehingga kuih kelihatan keperangan di permukaan atas. Nota: saya tambah lagi 15 minit.
Nota:
Jika suka kuih yang keras dan boleh dipotong, guna 5 cawan.
Jika adunan lembik, masukkan dalam peti ais dahulu sebelum dipotong. Boleh sediakan petang atau malam untuk dihidangkan dimakan sebelah pagi.
Saya guna 2 biji kelapa muda.
Masa depan, saya ingin guna sukatan air kelapa hanya 4½ -5 cawan sahaja. Manakala gula dikurangkan ke ¾ cawan.
Comments
Post a Comment