Istilah Jerung Dalam Bursa Saham Kuala Lumpur

KWSP merupakan salah satu JERUNG terbesar di Bursa Malaysia.

Istilah JERUNG selalu bermain di bibir pemain saham. Bagi yg mengikuti saham-saham di Malaysia akn mengikut rentak jerung utk meningkatkan volume dan nilai saham. 

Kebiasaannya jerung akn masuk pasaran sekitar pukul 3:30 hingga 4:00 petang atau paling awal pukul 3:00 petang. Jadi trend inilah yg paling dicari oleh para pelabur saham. 

Jerung adalah istilah kepada front managers kpd dana institusi besar sprt KWSP,  PNB,  TH,  LTAT dan KWAP. 

Selain itu jerung yg sederhana adalah dari institusi yg mengendalikan tabung-tabung amanah,  bank-bank dll. 

Selalunya pemain saham akn mencari kaunter-kaunter yg menjadi pegangan besar kpd jerung-jerung ini. 

KWSP telah mula menjadi pemegang saham utama dlm Top Glove sebelum ia melonjak tinggi. Ia juga telah mengambil sebegitu bnyk untung. 

Setelah ura-ura vaksin Covid-19 dijumpai,  nilai saham bagi syarikat pengeluar sarung tangan kesihatan spt Top Glove mengalami kegoyahan sedikit. 

Sebelum nilai saham Top Glove semakin turun,  KWSP telah menjual saham Top Glove dlm pegangannya sedikit demi sedikit. 

Kini Top Glove mengalami masalah pengeluaran disebabkan kilangnya di Meru,  Klang mencatatkan positif Covid-19 yg tinggi. 

Susulan dari itu,  Top Glove juga berdepat dgn saman oleh kerajaan terhadap mutu penjagaan kebajikan pekerjanya yg tinggal dlm asrama yg berasak-asak termasuk kilangnya di Ipoh. 

Saham Top Glove semakin susut. 

Jadi tidak hairan bagi KWSP menjual saham Top Glove setiap hari.

Sumber FB

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini