Posts

Cara Mudah Dan Cepat Masak Steak

Image
Sebenarnya nak masak steak mcm kat kedai tu x susah dan x mahal mana pun kalau buat kat rumah. Boleh follow cara2 kat bawah: 1) Kalau dpt daging tenderloin yg belum potong, potong tebal dlm tebal 3 jari. 2) Perap guna secubit garam dan lada putih utk setiap potongan. Jgn terlebih garam sbb nnt bole jd masin gile. 3) Sebelum nak grill tu, pastikan daging da betul2 cair, agak2 dlm suhu bilik. Jgn terus masak daging frozen sbb nnt jd x masak kat dalam tp kat luar da rentung. 4) Cairkan butter dlm 50 gram (kalau 4 keping camni) dan 4-5 ulas bawang putih. Lg byk bawang putih lg sedap bros 5) Sambil goreng tu, simbahkan butter tu ke belah atas daging. Buat pelan2 takut terpercik ke badan pulak. 6) Goreng setiap side dlm 2-3 minit je. Jgn lebih masa sbb bole jd liat. Walaupun pink kat tgh, tp sebenarnya dah masak. Jgn risau. 7) Dah siap. Hidang dgn salad dan fries. Selamat mencuba. Time to impress our wives!

Ayam Bakar Madu Pantai Timur

Image
Untuk 10kg ayam potong @ 6 ekor ayam (korang nisbah kan sendri dgn kg ayam korang) (tak digalakkam ayam sekor macam ayam golek) Rempah sos perapan: 1. 1kg gula pasir 2. 250g serbuk cili babas 3. 500g sos cili kimbal 4. 7 sudu ajinomoto 5. 3 sudu garam halus Cara-cara: 1. Basuh ayam dan toskan sehingga kering 2. Gaulkan kesemua sos perapan sehingga sebati 3. Gaulkan sos perapan serta ayam (dlm bekas A) 4. Asingkan ayam dan susun rapat ke dlm Bekas B 5. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam 6. Simpan lebihamln sos perapan di bekas A (guna untuk sapu ayam ketika bakar) 7. Bakar ayam atas bara arang atau oven Selamat mencuba yaa bapak2 sekalian... InshaAllah senyum lebar orang rumah..

Mafia Chapter 1

Image
Kisah Aryan dari Biro Narkotik cuba memerangi pengedaran dadah di Tamil Nadu. Sukar untuk dia mendapatkan maklumat berikutan sindiket itu berselindung dengan kulit luaran yang nampak 'suci lagi murni'.   Dan Aryan menghadapi halangan dan cuba mengatasi musuhnya yang lebih licik dari yang di sangka.  Berjayakah dia? . Kategori: Boleh layan . Link (Subtitle Melayu) -  https://bit.ly/3aZDFLj

HIT The First Case

Image
HIT : THE FIRST CASE (2020) Telugu HD Genre : Suspense Thriller Cast : Vishwak Sen, Ruhani Sharma, Murli Sharma. Apabila menonton sebuah filem thriller suspen melibatkan misteri pembunuhan.. Lazimnya kita akan meneka2 siapa pelakunya berdasarkan cantuman kepingan puzzle yang hilang..Dan berteka teki siapakah villain sampai ke penghujung adalah satu kepuasan..betul tak? Vikram, seorang polis dari unit HIT (Homicide Intervention Team) hanya memerlukan masa kurang dari 5 minit untuk menyelesaikan dua kes yang berasingan. Ini menunjukkan betapa bijaknya dia dalam menyelesaikan sesuatu kes. Disebalik kebijaksanaannya, Vikram sebenarnya sukar bekerja dengan tenang kerana mengalami ganguan mental akibat trauma akan satu insiden hitam dimasa lalu. Rentetan itu, dia memohon cuti 6 bulan untuk dia keluar dari masalah yang dihadapi. Seorang gadis remaja telah hilang ketika kenderaanya rosak di highway dan SI yang menyiasat kes ini telah digantung akibat kecuaian. Dua bulan kemudian Vikram mendapa

Jenis-jenis Kuih Orang Banjar

Image
Wadai Kipeng Mengenal wadai khas masyarakat banjar di Malaysia Ada pun 41 Macam Wadai Khas Banjar 1. Bingka, 2. Bingka barandam, 3. Kararaban, 4. Kikicak, 5. Bulungan hayam, 6. Kelalapon, 7. Cingkarok batu, 8. Wajik, 9. Apam, 11. Undi-undi, 12. Untuk-untuk, 13. Sarimuka, 14. Wadai balapis, 15. Cincin, 16. Cucur, 17. Lamang, 18. Gagatas, 19. Gaguduh, 20. Ronde, 21. Ilat sapi, 22. Garigit, 23. Sasagun, 24. Lupis, 25. Pais pisang, 26. Hintalu karuang, 27. Wadai satu, 28. Gincil, 29. Katupat balamak, 30. Bubur sagu, 31. Serabi, 32. Putri salat, 33. Patah, 34. Pais sagu, 35. Pais waluh, 36. Dadar gulung, 37. Agar-agar habang, 38. Wadai gayam, 39 Amparan tatak, 40. Pundut, 41. Ipau 42. Kalakatar

Tali Pusat Bayi

Image
Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman. Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita! Ini tanda biasa yang kami jumpa pada tali pusat bayi yang terkena jangkitan kuman: 👉 Tali pusat tu dan kawasan sekeliling jadi merah merah 👉 Ada jugak sampai jadi bengkak luar biasa kat situ 👉 Nanah kuning atau cairan berwarna meleleh keluar dari tali pusat 👉 Kadang tu tak ada nanah pun tapi tali pusat tu berbau busuk 👉 Bayi tiba-tiba je demam tinggi 👉 Bayi enggan menyusu dan nampak lemah Jika baby ada tanda-tanda ni, kena cepat-cepat bawa ke klinik kesihatan atau hospital terdekat. Kita takut kalau terlewat, jangkitan pada tali pusat anak kita tu boleh merebak ke dalam darah akhirnya menjejaskan fungsi organ penting dalam badan. Waktu tu nyawa si comel pun boleh melayang! Sebab tu saya harap sangat mak ayah yang baru terima cahaya mata, tolonglah hati-hati. Jang

Resepi Teh Masala

Image
Teh Masala adalah teh susu khas India yang mencampurkan segala kebaikan rempah-rempah. India adalah penghasil rempah terbesar di dunia dan juga penghasil teh terbaik di dunia, maka dari inilah munculnya Teh Masala ini. Bahan-bahan: Air – 2L/3L Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar Bunga cengkih dan bu ah pelaga Jintan manis Kayu manis Halia Susu pekat Susu segar Susu tepung Gula Cara-cara: Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk. Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar. Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga. Masukkan juga jintan manis. Masukkan kayu manis. Tumbukkan halia. Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan satu cawan susu segar. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati da