Apakah Maksud Kes Sporadik?
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadik di negara ini. Kes Sporadik merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19. Bagaimanakah dia boleh dijangkiti? Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19. Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari. Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batu