Posts

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian

Image
Ramai antara kita adalah penggemar durian. Sebelum kita makan durian, elok kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang buah durian. a. Durian kaya  bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur). b. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau)  bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. c. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN kerana kandungan gula yang sangat tinggi. Ia boleh menyebabkan paras gula menjadi tidak terkawal dan boleh menyebabkan 'Ketoacidosis' dan sangat merbahaya. d. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang kronik, (End stage renal failure ESRF) dan perlu dialysis tak boleh makan banyak atau baik tidak payah makan langsung! Kandungan Potasium yang tinggi ini boleh menyebabkan pesakit buah pinggang mendapat sesak nafas, sakit dada dan rentak jantung (ECG)

5 Tips Masakan Lebih Enak

Image
Tadi sebelum memasak saya ada belek-belek buku masakan dan ada terbaca 5 rahsia mengenai masakan. Nah saya kongsi 5 rahsia buat bahan rujukan. 1. TIMUN Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas. 2. GARAM Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan. 3. SANTAN Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api dengan perlahan atau sederhana. 4. GULA MERAH Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas. 5. BUAH KERAS Buah keras berfungsi memekatkan m

Para Suami Sekalian, Anda Di Tahap Mana?

Image
Level kebenaran khas kepada para suami oleh isteri tercinta... Novice Hubby, "Yang, boleh tak saya main bola Sabtu minggu depan?" Beginner Hubby, "Ayang, kawan ajak main bola Sabtu ni, boleh tak saya join?" Intermediate Hubby, "Ayang, Abg terpaksa main bola Sabtu ni tak cukup player." Advance Hubby, "Sabtu ni Abg ada bola. Awak pegi lah shopping dengan anak². Nah ni duit." Mahaguru Wife, "Abg ada bola kan minggu ni." Hubby, "Ya." Maulana Wife, "Abg kat mana ni?" Hubby, "Padang bola. Kenapa?" Wife, "Ok, takde apa². Enjoy the game ya Abg."

Tips Cara Memilih Buah Durian Yang Elok

Image
"Durian ni berapa sekilo bang?" Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu. Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi. Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit. 'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas' Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan. Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy. Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu. Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian. Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam

Kaunter Saham Paling Merudum Selepas PRU14

Image
Kaunter2 saham sebelum dan selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan sehingga hari ini. Pendapat Admin, elakan trade atau simpan saham2 berikut dimana harga saham dijangka akan terus menurun di masa akan datang. Tidak dikecuali juga pemegang saham terbesar akan cuba menswastakan syarikat mereka dgn menawarkan harga lebih tinggi (sekurang2 lebih tinggi drp harga semasa)utk beli semua saham baki yg ada di pasaran, keadaan ini berlaku sebab harga saham telah didagang dibawah nilai, sebagai contoh seperti ASTRO. Jadi Anda boleh kutip sedikit2 secara berperingkat pada setiap kali harga saham menurun sementara itu Anda masih boleh dapat dividen drp pelaburan Anda. C&p dari FB

CERITA LAWAK: Ragam Balik Kampung

Image
Ada sepasang suami isteri dalam perjalanan balik ke kampung, mereka telah bergaduh... Sepanjang perjalanan. Mereka langsung tidak bercakap... Kemudian mereka memandu melalui kawasan hutan yg penuh dgn monyet2 yg sedang berkeliaran... Si suami menjeling isterinya sambil berkata dgn penuh sinis: "Saudara awak ke?"... Lalu si isteri menjawab dgn penuh selamba: “A'ah, sebelah mentua.." 😝😝😝🤣🤣🤣

CERITA LAWAK: Teman Sejati

Image
Selamat Bertemu Dalam Rancangan Ceritaku-Ceritamu... Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang India... Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit Brader" Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan. Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala "Titanic". Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai. Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan