Posts

Kisah Hijrah Allahyarham Azmil Mustapha

Image
Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato' Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Beliau kini sedang belajar di Syria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang. Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yang sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 setiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ini tidak pula diceritakan pada hari ini. Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawanny

Azmil Mustapha Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Seksyen 21

Image
Jenazah Azmil telah disolatkan selepas solat asar dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Selain rakan artis, turut menziarahi allayarham Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir Aziz Bakar, Pengerusi Eksekutif Bebas AirAsia, Datuk Kamarudin Maranun. Terdahulu jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam. Allahyarham Azmil Mustapha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam di sini, hari ini. Jenazah dikebumikan sekitar jam 6 petang tadi dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Image
Pelakon yang popular pada tahun 1980an iaitu Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ali Setan baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Seksyen 9, Shah Alam jam 1 petang tadi. Beliau meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung yang telah beliau hidapi beberapa tahun dulu. Azmil Mustapha kini merupakan seorang pendakwah bebas yang banyak menyampaikan ceramah-ceramah agama disekitar Shah Alam. Memetik Utusan Malaysia, adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha berkata, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. Al-Fatihah.. perginya seorang artis yang memberi contoh yang baik dihujung kariernya. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Kedai Reject Barangan Lazada Di Galaxy Ampang

Image
Niat di hati tu nak cari food steamer kononnya lepas ni nak makan berasaskan yang steam tu diperbanyakkan la acah nak sihat. hikhik. Tapi takde pulak. so pergi tu just pusing pusing je bawak anak. die tengok barang2 camni tak minat la asyik ajak balik je..but like i care! haha yelah takkan dah sampai nak balik pulak. pusing2 la bagi puas hati sendiri walau tak membeli. Kat sini banyak barang lazada yg murah-murah. Barang baru, bukan secondhand. Lazada reject tapi conditions masih elok macam baru. Cuma yang tak best tu bila potential pelanggan ni suka buka kotak2 and tak simpan balik barang. so yang pelanggan baru masuk tengok rasa macam barang2 terbuang je. kat kedai ni Ada macam-macam barang. memang kalau pegi tu kena duduk lama untuk belek satu2. sebab barang dia tak bersusun ikut tempat macam kat tesco giant tu, seksyen tenusu semua product tenusu kan..kat sini dia pakai letak semua satu rak. so kalau memang intention nak membeli memang kene belek2 lama. Harga kebanyakkannya 70%-50%

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Image
Bahan-Bahan: Sepinggan nasi putih sejuk 1 sudu besar minyak masak 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend 1 mangkuk kecil isi ayam 3 sudu besar sayur campur 3 tangkai cili padi diketuk 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil kicap 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili 2 biji telur ayam Garam & kiub ayam secukup rasa Cara Membuat: 1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau. 3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak. 4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. 6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi. 8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat. Proses Membungkus Nasi dengan Telur: 1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi. 2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter. 3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali. 4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara be

Cara Pengiraan Dan Luas Relong/Relung Negeri Perak

Image
Keluasan Tanah/Ukuran Tanah Negeri Perak 1 hektar = 2.471054 ekar 1 hektar = 1.8649 relung (NEGERI PERAK) 1 hektar = 10 km persegi 1 hektar = 10,000 meter persegi 1 ekar = 4046.86 meter persegi (4.046.86 km persegi) 1 ekar = 0.4047 hektar 1 ekar = 0.7547 relong (NEGERI PERAK) Jadual Ukuran Tanah Di Negeri Perak Kuatkuasa Tahun 2009

CERITA LAWAK: Nenek Oh Nenek

Image
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator. Nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."