Posts

Dengarlah Semua Wahai Para Isteri Dan Ibu

Image
Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya... "Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!" Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi. Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya. Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya. Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri. Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain. Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki. Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga. Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya. Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya. Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya. Goda lisannya untuk berkata kasar, hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi

Aktiviti Ini Bantu Anak-anak Menulis Dengan Cantik, Baik & Kemas

Image
Nak ajar anak menulis dengan baik? Bukan sekadar beri pensel dan kertas ya mak ayah... Anak-anak perlu diajar dengan psikomotor mereka. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh diterapkan pada anak-anak kecil supaya tangan mereka lebih kuat dan lembut untuk menulis dan melukis dengan baik. Mengumpul kertas Menekan menggunakan penebuk kertas Menggunting kertas Mengecop Mengoyak Mengupas Bermain bongkah dan tali Permainan manipulatif Bermain lego Melukis menggunakan jari Berikut merupakan video gerakan kreatif bagi membantu psikomotor kanak-kanak... Aktiviti Ini Bantu Anak-anak Menulis Dengan Cantik, Baik & Kemas

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris EPL 2018

Image
Jadual perlawanan English Premier Leage 2017-18 LONDON: Berikut jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017-18. Sabtu, Ogos 12, 2017 Arsenal v Leicester City Brighton and Hove Albion v Manchester City Chelsea v Burnley Crystal Palace v Huddersfield Town Everton v Stoke City Manchester United v West Ham United Newcastle United v Tottenham Hotspur Southampton v Swansea City Watford v Liverpool West Bromwich Albion v Bournemouth Sabtu, Ogos 19, 2017 Bournemouth v Watford Burnley v West Bromwich Albion Huddersfield Town v Newcastle United Leicester City v Brighton and Hove Albion Liverpool v Crystal Palace Manchester City v Everton Stoke City v Arsenal Swansea City v Manchester United Tottenham Hotspur v Chelsea West Ham United v Southampton Sabtu, Ogos 26, 2017 Bournemouth v Manchester City Chelsea v Everton Crystal Palace v Swansea City Huddersfield Town v Southampton Liverpool v Arsenal Manchester United v Leicester City Newcastle United v West Ham United Tottenham Hotspur v Burn

CERITA LAWAK: Sayangkan isteri

Image
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya te

Haiwan Pelik Yang Kita Tidak Tahu Bahawa Ia Wujud

Image
Tuhan menciptakan alam semesta dan segala isinya dari sekecil kuman hingga sebesar gunung Everest dengan kebijaksanaanya yang tanpa batas. Terutama sekali apabila Tuhan menciptakan haiwan-haiwan yang unik dan indah dimatanya. Tahukah anda, dalam banyak-banyak haiwan didunia ini, ada juga haiwan yang mungkin belum pernah kita terfikir kehadirannya di dunia ini. Kehidupan haiwan liar dengan spesis berbeza memberikan kepelbagaian rupa dan bentuk yang mengagumkan untuk kita melihat dan pelajari. Terdapat spesis haiwan di dunia yang kita tidak pernah dengar dan apatah lagi melihatnya. Dan apabila melihat pasti kita berasa hairan, teruja dan berasa kagum. Di sini antara haiwan pelik yang ingin diperkenal dan diketengahkan. Pasti anda akan tersenyum ceria melihat haiwan pelik berwajah comel ini. 1. Axolotl – Mexican Walking Fish Axolotl (Ambystoma mexicanum) merupakan haiwan daripada spesis salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai “Mexican Walking Fish” walaupun ianya bukan darip

Lelaki Pembawa Mesin Rumput Hadapi Pertuduhan Seksyen 304(A)

Image
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dengan kecuaian menyebabkan kematian si mati. Manakala menurutnya, dua pertuduhan lagi di bawah Seksyen 337KK dengan perbuatan cuai menyebabkan kecederaan. “Selain itu, kita turut telah menerima analisa DNA daripada Jabatan Kimia pada bilah pisau yang ditemui yang mempunyai DNA mangsa. “Tarikh pertuduhan bakal dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, 13 Februari lalu itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, disahkan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya. Selain seorang pelajar perempuan maut, dua lagi pelajar lelaki mengalami kecederaan, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, ia

CERITA LAWAK: Tiga kali je..

Image
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana bol