Posts

Resepi Nasi Goreng Seafood

Image
Bahan-bahan: 2-3 mangkuk nasi putih 1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) Sedikit sawi (dipotong) 1 genggam isi kerang 5-6 ekor udang (sederhana besar) 4-5 ekor sotong (dipotong bulat) 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi) 1 sudu cili giling 1 sudu besar sos tiram 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas) Sedikit minyak masak/minyak bijan Garam dan secukup rasa Daun sup dan timun (untuk hiasan) Cara-cara: 1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau. 2.Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata. 3.Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. 4.Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika. 5.Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. 6.Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit. 7.Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. 8Hiaskan dengan daun sup dan timun. Jom share resepi mudah ni Credit: Anika

CERITA LAWAK: Kalau Sampai Ipoh

Image
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua oran

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Image
Resepi nasi goreng special ni admin dpt dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dh cuba masak, memang sedap! BAHAN2: 2 Biji telur masin 2 cawan nasi sejuk 2 ulas bawang putih 3 sudu besar minyak masak 1 sudu besar mentega Beberapa ekor udang segar atau isi ayam 1/2 cawan daun bawang - di potong pendek 2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas Cara menyediakannya: 1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu. 2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika. 3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali. 4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.

CERITA LAWAK: Masuk Penjara

Image
Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman. Mereka bernama Amin dan Susan. Susan: "Min, kenapa kau sedih?" Amin: "Ayahku masuk penjara." Susan: "Kenapa?" Amin: "Ayah pecahkan kaca tingkap..." Susan: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?" Amin: "Dia pecahkan tingkap kapal selam." Susan: "Patut le..."

Resepi Nasi Goreng Ketupat

Image
Bahan2 : (Ikut suka banyak mana.Mcm buat nasi goreng) 1 mangkuk ketupat - didadu 1 Biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 genggam udang kering di rendam 1 cawan peas (klu diganti dgn taugeh lebih sedap) 2 biji telur 1 kuib pati ayam Garam Cara2 Kisar bawang besar,bawang putih dan udang kering hingga halus Tumis bahan kisar hingg garing dan masukkan ketupat dan gaul rata. Masukkan peas dan kiub ayam serta garam Akhir sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan di hidang.

CERITA LAWAK: Paling Bersih

Image
Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu. Pemilik : "Bagaimana perasaan anda terhadap hidangan dan layanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

TIPS: Kedai Lampu Dan Kipas Murah Puchong

Image
Kali ni nak kongsi sikit tentang kedai lampu dan kipas murah yang terletak berdekatan juga dengan Kuala Lumpur. Bagi yang baru nak masuk rumah atau renovate rumah, memang berbaloi sangat jika terjah ke kedai ni. Harga memang superb murah dengan segala macam jenis lampu downlight, lampu tidur, lampu dinding, lampu pagar dan spotlight. Jika nak datang ke kedai ni, pastikan waze @ google maps dulu nama kedai supaya lebih mudah nak cari kannn.... Taip carian guna Houses Lighting Puchong. Pasti akan jumpa kedai lampu murah ni. Bagi peminat lampu antik dan moden, ada byk pilihan yg anda boleh dptkn. Pastikan jgn dtg pada hari Isnin, sebab kedai tutup. Hari lain ok. Klu boleh dtg hari kerja Isnin - Jumaat sbb orang x ramai sgt. Klu hari minggu mmg ramai sgt lah manusia. Pembeli kt kedai ni mmg ramai, jd bykkan bersabar semasa membeli tu. Tapi jgn risau, ada pembantu yg akn bantu anda utk membuat pilihan lampu. Sila layan gambar2 di bawah ttg ramainya customer yg dtg ke kedai lampu murah ni. K