Posts

CERITA LAWAK: Kasih Suami Pada Isteri

Image
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yan

Rumah Sewa Di Bukit Merah Perak

Image
Bukit Merah merupakan sebuah tempat yang terletak di dalam negeri Perak. Ianya terletak di dalam daerah Kerian. Di sini terkenal dengan taman tema Bukit Merah Laketown Resort. Terdapat juga Pulau Orang Utan yang menjadi antara terikan di sini. Beberapa ekor orang utan telah berjaya dilahirkan di sini. Terdapat beberapa rumah dan bilik sewa yang disediakan di sini bagi pelancong yang datang dari luar Perak. Harganya juga amat berpatutan untuk semua. Di bawah disertakan penerangan sewa harian bagi penginapan di Bukit Merah. Sewaan bulanan juga disediakan dan boleh terus berbincang dengan pihak yang tersebut. 1. UNIT 'STUDIO' HARGA PENGINAPAN RM120 (2 HARI 1 MALAM) KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN GAMBAR UNIT 'STUDIO' 2. UNIT 'RUANG TAMU + 1 BILIK' HARGA PENGINAPAN RM150 (2 HARI 1 MALAM) KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN GAMBAR UNIT 'RUANG TAMU + 1 BILIK' 3. UNIT 'RUANG TAMU + 2 BILIK' HARGA PENGINAPAN RM200 (2 HARI 1 MALAM) KLIK DI SINI

TIPS: Jom Cari Jodoh Dan Bina Keluarga Muslim Di BaitulJannah

Image
Anda masih keseorangan? Bina profil di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim yang membuka peluang untuk anda bertemu calon pasangan sejati yang dicari. Jadi salah seorang daripada 144,656 orang yang sudah mendaftar. Kenapa anda mesti daftar -Islami Kami menapis setiap calon yang mendaftar. Malahan setiap sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat. -Privasi anda terjamin Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda. -Bebas spam Kami mengawasi sebarang bentuk spam. Anda boleh melaporkan sekiranya terdapat sebarang salah laku oleh para calon yang mendaftar. -Anti-SEO identiti anda berkaitan Baituljannah tidak akan dapat dicari oleh enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO. Bagaimana Proses Untuk Mendapatkan Jodoh Anda? 1. Daftar & Isi borang ( Daftar pada link url ini -  http://bit.ly/cari_jodoh  ) Kami menapis setiap borang bagi menjaga kualiti informasi yang diber

Loghat Mana Lebih Munasabah?

Image
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur? Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard: "Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada." Loghat Utara (kedah): "Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak". Loghat Pantai Timur (kelate): "Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok." KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Resepi Nasi Goreng Thai

Image
Bahan-bahan * 2 mangkuk nasi (4 cwn nasi sejuk) * 2 biji telor * 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu * 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam * 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus * 2 sudu besar cili kisar * 8 tangkai cili padi - tumbuk * 2 helai daun limau purut - hiris halus * 2 sudu besar kicap manis * 1 batang serai - dihiris halus * 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang * 10 ekor udang basah(terpulang nak letak berapa..) * Hirisan isi ayam * Minyak masak Cara Memasak 1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak. 2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau. 3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam. 4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata. 5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam. 6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Resepi Nasi Goreng Biasa

Image
Bahan-Bahannya: 1 mangkuk nasi sejuk 2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis 2 biji telur 2 sudu makan cili kering kisar 1 sudu makan kicap lemak masin Sedikit garam dan serbuk perasa Bahan tumbuk: 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 sudu makan ikan bilis Cara-caranya: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Masukkan kicap. Gaul rata. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi. Tutup api dan hidangkan.

TIPS: Cara Menghadapi Pesakit Mental

Image
Berikutan viral tentang seorang guru di Utara tanahair yang berkelakuan kasar semasa mesyuarat sekolah. Dia dikatakan mengalami penyakit mental yang perlu ditangani dengan cara yang baik dan berhemah. Sebagai manusia normal, sememangnya kita perlu bersama-sama memberi sokongan kepada orang yang mengalami masalah tersebut. Melalui perkongsian oleh seorang pengguna maya, di sini ditunjukkan cara dan tindakan yang perlu diambil oleh kita yang normal. Jadi apa tindakan anda yg sihat mental? 1. Diam. Diam bila mereka mengamuk. Berbalas hujah dan berbahas tidak membantu. Proses logik org sakit mental tak sama dgn proses logik anda. Cth jika ada kucing mati, logik anda ialah kucing itu sakit atau diracun, tp logik mereka ialah kucing itu petanda ada pembunuh upahan sedang mencari mangsa. Apabila anda diam, amukan akan berhenti dgn segera. Baca ayat Kursi. Sy lihat dlm video, guru2 kebanyakannya diam dan tak melayan. Mmg itulah yg betul. Makin dilayan makin menjadi. Jadi jgn layan. 2. Hubungi