Posts

Siapa Yang Boleh Kita Bersalaman

Image
Haa..dah nak raya dah..meh ler kite ulangkaji sikit Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam dan kena jaga aurat: Jika kita seorang Lelaki:- 1. Kakak Ipar 2. Adik Ipar perempuan 3. Sepupu perempuan 4. Sepupu Ayah (perempuan 5. Isteri kepada adik beradik bapa 6. Isteri kepada adik beradik emak 7. Adik beradik perempuan bapa mertua 8. Adik beradik perempuan emak mertua 9. Anak perempuan adik beradik isteri 10. Sepupu Emak (perempuan) Jika kita seorang Perempuan:- 1. Abang Ipar 2. Adik Ipar Lelaki 3. Sepupu Lelaki 4. Suami kepada adik beradik bapa 5. Suami kepada adik beradik emak 6. Adik beradik lelaki bapa mertua 7. Adik beradik lelaki emak mertua 8. Anak lelaki adik beradik suami 9. Sepupu Ayah (lelaki) 10. Sepupu Emak Ada yang tak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh. Haa..dah tahu kan?? Jangan buat-buat lupa pula. 😅 Jadi sekarang dah tahu..minta minta ler sampaikan pula pada saudara mara dan sahabat anda yang lain

Resepi Mee Kuah Daging

Image
*Mee kuah daging* 🍜🍜🍜🍜🍜🍜 *Bahan Kuah* 1 biji bawang holland 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1/2 inch halia 2 biji tomato Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan Cili kering kisar 1 biji kentang russet 2 biji keledek merah Daging Asam keping 1 tin tomato soup Susu pekat Garam Gula Ajinamoto Sos cili *Cara-cara* -dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus sekali kentang dan keledek -agak2 kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend -masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tadi, garam 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. -agak2 dah mendidih balance dengan gula. Gula kena adjust sendiri -biar mendidih siap untuk dihidang 😊

Membeli Belah Pakaian Raya Dengan Isteri

Image
Lebih baik dduk luar kedai, jadi tiang, menunggu dr ikut dia shopping... Percayalah... Tiap2 kali shopping, saya akan masuk dlm kedai sekali dgn wife, belek2 baju, tudung, jubah dan apa saja yg dia nak utk pakai raya... "Ayg, warna ni lawa, nmpk lembut ja" Ramai org pakai warna tu, xmau la... "Ni, warna ni ayg xde lagi dlm almari" Ayg xminat warna tu... "Haa, yg ni cantik, design dia nmpk uptodate" Mahal, xpadan dgn design... "Yg ni plak, harga ok, design ok, warna ayg selalu pakai" Susah nak cari tudung matching dgn warna tu... SEMUA CADANGAN DITOLAK. "Abg, jom p kedai sebelah, kedai ni xde yg ayg berkenan" Saya tgok atas bawah, kiri kanan struktur dalaman kedai tu, beratus2 baju, berpuluh2 jenis design dan warna ADA, tapi xde satu pun dia berkenan?!! Habis satu lorong kita tawaf dgn dia, pastu dia cakap, "Abg, jom p kedai MULA2 TADI..." WHAT!!! Sabar daus, sabar...Allah tgh menguji kau daus... Mcm tu la kaum isteri kita klu

Laluan Baru Bas Percuma GoKL (Orange Line)

Image
Bagi pengguna bas di kawasan Kuala Lumpur. Kini pihak syarikat prasarana telah menambah lagi laluan baru yang dikenali sebagai (Orange Line). Laluan baru ini meliputi laluan Pulapol, IJN Kampung Baru Utara dan lain-lain lagi bagi memenuhi permintaan yamg semakin meningkat. Berikut merupakan laluan bagi Orange Line.

Cara Apply Visa Untuk Umrah DIY

Image
🕋 Step by step apply Visa untuk Umrah DIY ================================= Perkara yang paling penting untuk semua tahu : 📍 Tak semua travel agent SUDI buatkan visa umrah kalau korang tak ambil pakej dengan mereka. You cannot simply walk to travel agent dan request untuk apply visa umrah. Ada kawan aku contact HQ travel agent ni, HQ kata boleh buatkan. Sekali pergi dekat branch, branch tak nak buat. 📍 Visa Umrah tak boleh buat sendiri dengan cara apply online. Visa Umrah WAJIB buat dengan travel agent yang sah, dan berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dan ada link dengan MUASSASAH dekat sana nanti. 📍Muassasah ni apa? Muassasah ni adalah agent yang dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk bersedia membantu jemaah Umrah/Haji sekiranya berlaku apa-apa semasa mengerjakan haji atau umrah. Muassasah ni yang  uruskan kalau ada orang hilang ke, sakit atau meninggal. Kalau berlaku keadaan yang tak diingini, mutawif tetap kena berhubung dengan muassasah untuk uruskan korang. Please take note

Mid-term Pelaburan Di Bursa Malaysia Keuntungan 30%

Image
Apa yang perlu kita tahu adalah : 1) PE Ratio 2) Dividen Yield 3) NTA 4) Quarter Report 5) Bandingkan harga tertinggi tahun sebelum dan terendah tahun semasa 1) PE Ratio : <12 = Good 2) Div Yield : >4% = Good 3) NTA : >lebih current price = Good 4) Quarter Report : kena jumlah kan untuk 2 tahun sebelumnya. So kena jumlahkan net profit bagi tahun 2017 & 2018 Contoh kaunter FREIGHT... so untuk method ini, No 1 PE Ratio: 9.54 <12 = GOOD No 2 Div Yield: 8.33 >4% = GOOD No 3 NTA: ...... No 4 (cara tgk quarter report ) Totalkan net profit : Tahun 2017 = 22 501 Tahun 2018 = 17 575 Perbezaan adalah sebanyak 4926 atau kurang 21% No 5 Bandingkan harga tertinggi tahun 2017 dan terendah tahun 2019 Highest 2017 : RM1.45 Lowest 2019 : RM0.52 Perbezaan adalah sebanyak  RM0.93 @ 64% No 6 (tambahan) Bandingkan dan kaitkan antara kejatuhan untung syarikat  dan kejatuhan harga saham Persoalan: Adakah logik bagi syarikat ini yang keuntungan dia jatuh hanya 21% sedangkan harga sahamnya j

Cara Pengiraan Bilangan Bata Dan Simen

Image
CARA PENGIRAAN BATA : 1 IKATAN STRETCHER / DATAR BATA (Tebal 1 Bata) : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang x tinggi tembok Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² = 60 biji bata - Stretcher ) Jumlah bata = 900 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4) Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : 1)  Berpandukan bil. bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³ 2)  Berpandukan luas tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³ Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³ IKATAN STRETCHER / SISI BATA (Tebal 1/2 Bata) : Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B) = Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal) Jumlah bata = 1800 ketul Mortar ( Bancuhan 1 : 4) Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : 1) Berpandukan bil. bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.