Posts

Showing posts from February, 2021

Cara Buat Minuman Yang Lebih Ummph Dari Restoran Terkemuka

Image
KATANYA LAGI SEDAP DARIPADA STAR******!!! Bahan: 2 sudu Milo 1 paket Nescafe Latte 1 paket Oldtown White Coffee Mocha 1 sudu Nutella Susu putih Cara: 1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan 2) Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas 3) Masukkan 1/4 cawan susu putih 4) Letak ais secukupnya NYUM!

Cara Ambil Gambar Terbaik Semasa Melancong

Image
Nahh cara amik gambar dgn angel yg betul. Baru lah member happy gambar dia lawo haha. Kongsi dgn semua ya ♥🤓 Tinggalkan ruang kosong lebih di bahagian atas kepala berbanding bahagian bawah kaki...

Resepi Sate Ayam Sedap

Image
Puas hati bila buat sendiri.. Lg sedap 😋 Mkn camtu je pon, dh sedap.. Walaupun mkn berdua je.. Sy lg suka buat sndri.. 1 ekor ayam dptla, 40cucuk.. Tu pon buat bsr2.. Resepi sate ayam merecikkk 😘 (untuk 1ekor ayam) BAHAN2 -1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan) ❗kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, n perapkan sekali isi ayam) Bhn blend -2 labu bwg besar ** -5 ulas bwg merah (xnk letak pon Xpe, letak lg sedap)** -1 labu bwg putih ** -2 Inci halia** -4 btg serai ** (satukan kesemua bhn n blend dgn sdikit air) Bhn perap -2 keping gula melaka (potong kecil2/hiris2) -1 ½ cwn gula (kena manis, baru sedap) -2 sk garam -4 sk serbuk kunyit -3 sb jintan manis CARA2 -dlm bekas besar, masukkan isi ayam yg tlh ditoskan.. Masukkan bhn blend + bhn perap.. -gaul sebati.. -boleh tambah apa yg kurang, gula/garam.. -perap semalaman Klu nk sedap.. (sy perap blk keje smlm, ptg td baru bkr) -bila dh perap, baru cucuk ye.. -nk sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tgh.. -lebihan p

Kenali Nama Dan Jenis Pisang

Image
Terdapat berbagai jenis pisang yang selalu kita makan secara terus atau dibuat pisang goreng atau cekodok. Buah pisang amat sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai makanan pelengkap seharian. Terdapat juga kek pisang yang enak selalu dijual di supermarket. Mari kenali jenis-jenis pisang yang selalu kita makan... Pisang embun Pisang nangka Pisang raja udang Pisang tanduk Pisang susu Pisang raja Pisang berangan Pisang awak Pisang nipah Pisang rastali Pisang emas

Iruttu (2019)

Image
Iruttu (2019) Tamil 2h12min Rating⭐️ 5.3/10 IMDb Hardsub Malay Cast: Sundar C., Sai Dhanshika, Vimala Raman, Sakshi Choudhary, Yogi Babu, Shaji Chen Genre: Drama, Mystery Sinopsis: Ceritanya bermula di sebuah bandar, tepat jam 12 tengah hari, tiba-tiba bandar itu bertukar menjadi gelap seperti malam dalam beberapa minit. Fenomena aneh ini, pada mulanya hanya sekadar menimbulkan tanda tanya sahaja, lama-kelamaan menjadi mimpi ngeri penduduk di situ, setelah mengetahui ada beberapa orang akan mati dibunuh dengan dasyat ketika fenomena itu berlaku. Tak cukup dengan pembunuhan ngeri itu, inspektor yang menyiasat kes ini juga ditemui mati bunuh diri. Chezhiyan telah ditugaskan sebagai pegawai polis baru di bandar berkenaan. Dia turut membawa isteri dan anaknya berpindah kesana. Dapatkah Chezhiyan merungkai misteri yang berlaku?

Resepi Air Rebusan Lemon Detox

Image
Air rebusan ini sangat sesuai untuk membuang angin dalam badan dan menguruskan badan.

7 Cara Pilih Buah Tembikai Manis Dan Berair

Image
Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy. Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair. Sebenarnya ada beberapa cara tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini. Cara-cara Pilih Buah Tembikai Manis Dan Berair 1. Kenali Jantina Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja. 2.Tompokan Kuning Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan terse

Khasiat Buah Tembikai

Image
1. Kandungan Air Yang Tinggi Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan. 2. Baik Untuk Jantung Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University. Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes. 3. Anti-Radang Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melaw

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai Tahun 2021

Image
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai. Contoh: Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202 Potongan KWSP (11%) = RM4,202 Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan) Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund. Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan : 1. Borang EA / EC / CP58 Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.  Orang kerja swasta, sediakan borang EA.  Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat. Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020. S