Resepi Cucur Kembung

Menu simple cucur kembung ringkas dan sedap😋😋

1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
2. Waktu goreng, guna api sederhana.
3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti Puri sampai dia kembong sendiri.
4. Canai tak nipis sangat pun takpe.

Bahan-bahan:

-Tepung gandum 3 cawan
-Gula 1 sudu besar
-Garam 1 sudu kecik
-marjerin 1 sudu kecik
-Air  suam 1 cawan.
-Minyak masak

Caranya:

1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
3. Uli sampai doh tak lekat di tangan

4. Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.
5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.

6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana ye.

7. Tengah goreng tu siramla minyak panas atas puri biar gemoks mengembung. Angkat dan hidangkan.

Sumpah sedap dapat cicah kari, sambal tumis ikan bilis, kacang merah, kuah dal, kuah kacang atau sardin

Sumber FB

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini