Posts

Showing posts from March, 2020

Maklumat Tentang Moratorium Kerajaan Malaysia

Image
Summary MORATORIUM 6 bulan (1 April 2020 hingga 30 Sept 2020) CIMB - Automatik Ambank - Automatik Bank Rakyat - Automatik MBB - Automatik Public Bank - Automatik MBSB - Automatik Agro Bank - Automatik BSN - Automatik Bank Islam - Automatik Bank Mualamat - Automatik Affin Bank - Automatik UOB - Automatik Hong Leong Bank - Automatik OCBC - Automatik RHB - Automatik AKPK - Automatik HSBC - Automatik KFH - Automatik Citibank - Automatik Alliance Bank - Automatik Al Rajhi Bank - Automatik Public Bank - Automatik Toyota Capital - Automatik Tan Chong Capital - Automatik LPPSA - No Info Aeon Credit - Bukan Institusi Kewangan Angkasa - Masih Dalam Perbincangan Parkson Credit - Bayar Seperti Biasa Sabah Credit - No Info Chailease Berjaya Credit - No Info Yayasan Ihsan Rakyat - No Info Kowaja - No Info Kowamas - No Info Petronas - No Info Amanah Ikhtiar - Tangguh 6 Bulan Tekun - Automatik Tangguh 6 Bulan Bermula 1 Mac 2020 KOOP - Tangguh 6 Bulan Coway - No Info Singer - No Info 📝📝📝📝📝📝📝📝📝

Cara Merancang Kelahiran Anak Lelaki Atau Perempuan

Image
KALAU NAK ANAK LELAKI, SUAMI KENA MAKAN BANYAK SEAFOOD❓🤔 INI TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA ANAK‼️👫 . Agak peliklah kalau siapa tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok tapi tak kisahlah jantina anak yang mana pun, itu merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba. . Banyak tips yang boleh dijumpai di laman internet mengenai tips-tips mendapatkan anak mengikut jantina yang kita mahukan tetapi tak tahu mana satu yang betul. Jadi, kalau anda keliru nak ikut tips yang mana, apa kata cuba baca perkongsian dari Puan Taibah Nurwahidah ini sebagai panduan anda! . CARA MERANCANG JIKA MAHU BAYI PEREMPUAN ATAU BAYI LELAKI‼️👶🏻 . Alhamdulillah saya & suami dah mencuba & diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak kedua kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia. . Inga

Resepi Cucur Kembung

Image
Menu simple cucur kembung ringkas dan sedap😋😋 1. Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api. 2. Waktu goreng, guna api sederhana. 3. Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti Puri sampai dia kembong sendiri. 4. Canai tak nipis sangat pun takpe. Bahan-bahan: -Tepung gandum 3 cawan -Gula 1 sudu besar -Garam 1 sudu kecik -marjerin 1 sudu kecik -Air  suam 1 cawan. -Minyak masak Caranya: 1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik. 3. Uli sampai doh tak lekat di tangan 4. Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat. 5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik. 6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana ye. 7. Tengah goreng tu siramla minyak panas atas puri biar gemoks mengembung. Angkat dan hidangkan. Sumpah sedap dapat cicah kari, sambal tumis ikan bilis, kacang merah, kuah dal, kuah kacang atau sardin Sumber FB

Resepi Ayam Goreng Mamak Sedap

Image
Puas duk rmh ni..blh try tgk..abam nk kongsi ni sketttt Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih 🤤🤤😋 Bahan-bahan: 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari Bahan untuk dikisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering 2 sudu makan rempah kari 1 biji telur Garam secukup rasa 1 sudu makan serbuk lada sulah Cara: 1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap. 2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Air Kopi Viral (Coffee Dalgona)

Image
Air Kopi Viral sekarang ni Coffee Dalgona 😍😍 Ni cara nak buat ea Tp sila jgn salahkan mak hencik klau korg kena tukar size baju after 31march Dah tu mak hencik nak salahkan siapa? 🤣🤣🤣 2 sudu besar instant coffee (nescafe) 2 sudu besar gula 2 sudu besar air masak - mix well sampai pekat likat and bertukar color - sila pakai mixer ye tuk cepat.. Klau pkai sudu x tahu le brp lama nak siap - masukkan susu dlm cawan ( ikut korg nak byk mana)  + bahan yg di mix ( ikut korg nak pekat mana coffee  korg tu) - tadaaaaa.... Siap!!! Sumber FB

Resepi Air Kopi Sedap

Image
Air semudah 1 2 3 , rasa minum dekat starbuck Fisrt time buat terus jadi, rasa memang sedap sangat! Bahan-bahan: Nescafe, gula perang, susu segar, dan ais. Cara-cara buat: Mula-mula mixer nescafe dan gula perang yang dicampur air ( sikit ) sampai jadi foam, lepas jadi foam tuang nescafe yang dah dimixer tadi pada susu. Dah siap, selamat mencuba.

Cara Beli Tayar Kereta Yang Betul

Image
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175. Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah. "Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'. Moral of story? Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu. Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu. Semoga dapat manfaat bersama.              Sahabat semua, kita selalu tukar tayar

Maksud Bacaan Dalam Solat

Image
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat *Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar. *Doa Iftitah:* Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. *Al-Fatihah:* Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.

Ganjaran untuk Penjawat Awam Skim Pencen

Image
Penjawat awam skim pencen. Kiraan pencen hanya 3/5 atau 60% dari gaji hakiki dan mesti cukup khidmat 30 tahun. Kalau kurang 30 dapat kurang dari 60% laa. Khidmat 35 tahun tetap juga 60%. Bayangkan gaji hakiki akhir RM5k. Jadi pencen yg diterima hanya RM3k. Selain itu, ada lagi ganjaran penjawat awam akan dapat iaitu ganjaran perkhidmatan atau ganjaran terbitan. Apa beza antara Ganjaran Perkhidmatan dan Ganjaran Terbitan? a) Ganjaran Perkhidmatan - Bayaran sekaligus kepada anggota/pegawai yang bersara sama ada bersara wajib atau bersara pilihan. b) Ganjaran Terbitan - Bayaran sekaligus kepada balu atau duda, anak dan ibu atau bapa apabila meninggal dunia dalam perkhidmatan. Formula adalah sama iaitu: 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji hakiki bulanan akhir Contoh : Gaji akhir : RM6500 Elaun tetap : RM500 (tak kira) Tempoh khidmat : 360 bulan (tiada had maksimum) 7.5% x 360 x 6500 = RM175, 500 Tu anggaran kiraan. Kalau meninggal atau bersara awal, ambil gaji akhir dan tempoh khidmat. Jadi g

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai

Image
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai. Contoh: Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202 Potongan KWSP (11%) = RM4,202 Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan) Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund. Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan : 1. Borang EA / EC / CP58 Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat. Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020. Sil