Cara Refund Tiket Flight Airasia


AVA Airasia
Tips refund duit kalau tak naik atau terlepas flight Air Asia.

Saya share untuk sesiapa yang belum tahu lagi.

Bulan Oct 2019 sepatutnya saya travel solo ke Myanmar. Tetapi lepas grad bulan Ogos, terus dpt kerja. So, saya terpaksa cancel trip saya. Maklum lah baru dapat kerja.

Harga tiket return KL-Yangon-KL = RM185
Harga refund = RM141
Harga rugi = RM44

Jadi, saya terbaca yang kita boleh refund tiket. Caranya:-
- Buka website AA atau app
- Chat with AVA
- Pilih Refund
- AirAsia New Refund Request
- Airport Tax Refund
- Masukkan booking number flight korang
- Masukkan reason kenapa korang nak refund.
- Pilih korang nak refund dalam bentuk Credit Account AA atau masuk dalam akaun bank korang (tapi dlm credit acc ada validation date boleh guna smpi bila. Rugi saya buat kt situ. Sepatutnya masuk dlm acc bank je)
- Settle semua tunggu lah dapat email dari AA berjaya atau tak. Dalam seminggu mcm tu diorg process.
P/s: tapi kena request refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight korang terlepas atau x jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah x boleh request refund.

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini