Posts

Showing posts from January, 2020

Cara Meransang Percakapan Anak Berumur 1 & 2 Tahun

Image
"Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?" Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini "CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR". Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan. 😊 TAHAP UMUR 1 TAHUN -Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya "Makan", "Susu", "Nak", "Cat". - 1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun. 1 tahun 1 bulan: 1 perkataan 1 tahun 2 bulan: 2 perkataan 1 tahun 5 bulan: 10 perkataan 2 tahun: 50 perkataan *Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian. Selalunya perkembangan bahasa tahap ini adalah secara gandaan darab 2.🌷 TAHAP UMUR 2 TAHU

Celcom Umrah Pack RM68

Image
Simpack Untuk Jemaah Umrah Oleh Celcom  Bagi jemaah Umrah, boleh dapatkan kad sim Celcom Umrah Pack di Celcom Blue Cube. Mudah sahaja, hanya maklumkan kepada wakil jualan Celcom dan bayar RM 68 duit pengeras 😆. Jika di KLIA, Kedai Celcom terletak di tingkat 3 (Arrival). Nak lagi special, tunjuk boarding pass (tiket kapal terbang), dapat lagi satu kad sim percuma. Ini memang untung banyak. Tetapi tawaran ini rasanya hanya untuk yang menaiki Malaysia Airlines (MAS). Anda akan dapat internet data 3GB kelajuan 4G  dan 30 minit panggilan. Cara nak guna, masukkan sim kad. Aktifkan roaming dan sedia untuk digunakan. Moga sama-sama mendapat manfaat Pelan Tambahan Simkad Umrah Celcom

Promosi Tiket Murah Airasia Destinasi Dalam Negara

Image
Promosi Tiket Airasia Masih berlangsung, promosi tiket murah AirAsia ke beberapa destinasi dalam negara. Kalau anda berada di Johor Bahru, Penang, Kota Bharu dan kawasan sekitarnya, jom sambar tiket promosi ini! JHB - Kota Kinabalu - JHB: RM216 JHB - Sibu - JHB: RM156 JHB - Ipoh - JHB: RM156 JHB - Langkawi - JHB: RM136 JHB - Tawau - JHB: RM296 PEN - Kota Kinabalu - PEN: RM276 KBR - Kota Kinabalu - KBR: RM226.60 KBR - Kuching - KBR: RM206.60 Tempoh penerbangan bermula bulan Sepember 2020 hingga Mac 2021. Harga promosi tidak tersedia untuk tarikh cuti sekolah dan cuti umum. Sambar tiket anda segera di www.airasia.com! Sumber FB Pemburu Tiket Murah

Tips Percutian Ke Switzerland

Image
Lake Brienz, Interlaken Sekadar ingin berkongsi percutian ke Switzerland selama 7 hari (End of September) Info : 1) Swiss Travel Pass : 8 Days (RM 1,586) - Klook (E-Voucher just print in A4 paper). 2) Sim Card : Hello1010 (RM 135). 4) Tiada kiraan budget for this Trip (Switzerland) sbb kami travel ke beberapa Negara lain juga. 5) Start our journey at Switzerland from Geneva as we are coming from Paris. 6) Flight Back (Singapore Airlines from Zurich Airport to KL) Hotel / Hostel : 1) Valley Hostel, Lauterbrunnen (Very Recommended) 2) Hotel Cima, Zermatt (Recommended) 3) Rigi House 1, Luzern (Not Recommended) Day 1 : - Dari Geneva ke Interlaken Ost using Golden Pass Line (Scenic Route) . From Interlaken Ost to Lauterbrunnen. - Check in dekat Valley Hostel. Dekat situ ada Coop (Supermarket) where you can buy groceries. Day 2 : - Kami pergi ke Oeschinensee Lake. Dari Lauterbrunnen ke Kandersteg Station. After sampai Kandersteg Station perlu berjalan kaki lebih kurng 20 minit untuk sampai k

Ziarah Di Madinah Secara Bajet Hanya 10 Rial

Image
Bas Menggunakan Zyara Pass Di Madinah Bagi yang merancang nak ziarah luar Medina secara budget boleh ambil bus hijau ni dengan kos 10rial sahaja. Ada 2 pick up point 1 depan Haram main entrance dan 1 lagi di pintu 7. Konsep bus ni free & easy bila sampai ke destinasi kita boleh ambil masa ikut keselesaan sendiri. Kemudian utk ke destinasi seterusnya hanya perlu tunggu bus hijau yg lain datang. Konsep ini berbaloi kpd mereka yg sudah pernah pergi umrah sblm ini atau yg faham sejarah2 di tempat yg dibawa kerana tiada penerangan yg diberikan sepanjang dalam bus. Kalau ada yg budget lebih sikit boleh la naik Hop On Hop Off 80rial. Itu katanya siap ada headphone beri penerangan sekali. Ticket boleh dibeli dari driver bus sahaja. Selamat berziarah ❤ Pandangan Di dalam Bas Zyara Pass Madinah Zyara Pass 10 rial Zyara Pass 10 rial, 15 rial atau 30 rial Peta Perjalanan Bas Zyara Pass Madinah Waktu perjalanan bermula selepas Subuh hingga 10 malam Lokasi ziarah Bukit Uhud, Masjid Quba' Sum

Tips Percutian Dan Iterinari 3H2M Ke Brunei

Image
Hai, saya ingin berkongsi lawatan kami sekeluarga, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Brunei  pada 22-25 Dis 2019. Mungkin entri ini agak panjang, harap bersabar  membaca... 22 Dis 2019 (Ahad) ********** - Penerbangan AirAsia, KLIA2-BGW bertolak 6:35pagi. Perlu isi white card di dalam flight untuk Visa On Arrival - Sampai 8:55 pagi, djemput oleh pihak Star Logde Hotel, Jerudong (shuttle percuma) - Early check-in & book shuttle utk ke Jerudong Park (dalam jarak 1km dari hotel) - 11:00 pagi bergerak ke Jerudong Park. Sila periksa waktu operasi di IG @jerudongpark sebab park ni kebiasaannya hanya di buka pada hari Khamis hingga Ahad kecuali pada cuti sekolah dibuka setiap hari. Pada waktu lawatan kami, park ini dibuka dari 10:30 pagi hingga 11mlm. Walau bagaimanapun, semua permainan akan ditutup selama 30-40 min bagi menghormati waktu solat. - Kami ambil Pakej 2 dewasa 2 kanak utk “Playground & Water Park” pada harga BND50 dan 1 tiket dewasa pada BND20. Boleh keluar masuk dari Park den

Tips Percutian 2D1N Ke Singapura

Image
Bugis Street, Singapore Short 2D1N trip to Singapore lenggang kangkung seret tongkat. Tak shopping, tak la food hunting sbb dah kali ke 3 ke sini. Semoga boleh buat panduan untuk korang 😁 1st day ▪️Bus Termerloh - Larkin (sampai 4am) (RM35) lepak kat kedai mamak smpai pukul 8 sbb malas nak bersesak2 kat immi dgn yg nak masuk kerja. ▪️Bus Larkin (8:30am) - Kastam Immigration Malaysia (RM3.30) ▪️Lepas settle scan passport dekat Kastam MY, turun ke bawah naik bas 170x, heading to Kranji. (RM2) simpan ye tiket untuk naik semula kejap lagi. ▪️Turun semula dekat kastam SG untuk cop passport (2 jam lebih k beratur padahal org x ramai pun and dah lepas waktu rush hour) then cari balik bas nombor 170x, tunjukkan tiket yg tadi. ▪️Bus drop off dekat MRT Kranji station, turun & beli EZlink card (SGD12 + Topup SGD10) banyak je baki tapi saje untuk kegunaan dtg singapore next time. ▪️Kranji MRT - Jalan Besar MRT untuk pergi drop off bag dekat Hostel. Central 65 Hostel (RM70 / night / person) ho

Tips Percutian Ke Abu Dhabi Dan Dubai

Image
Burj Khalifa Dubai Itenary 4 hari 3 malam ke Dubai & Abu Dhabi. Total kos lebih kurang RM 3,200 seorang (untuk flight, hotel, transport, tiket ke tempat2 menarik Dubai) Tidak termasuk makan & souvenirs. Makan murah je .. lebih kurang 12 aed per meal. - - - - - - - - - - - -- - - - - - - -- - - - - Sedikit info ttg Dubai: 1) Nama Dubai berasal dari bahasa India ; Du = dua,  Bai = Brother.  Dubai melambangkan 2 saudara yg terpisah. Ada ceritanya, tak ingat pula. 2) Dubai hanya ada 3% hasil minyak. Selebihnya bergantung pada pelancongan,  perdagangan dan pelaburan. 3) Pada tahun 2014, Airport Dubai tercatat sebagai Airport paling sibuk di dunia. 4) Dubai bergantung kpd Diesel utk sumber tenaga. Tetapi tahun 2020, mereka dah tukarkan sumber tenaga dari Diesel kepada Tenaga Solar. Sekarang solar power plant dah pun siap. 5) Pada tahun 2008, Dubai pernah bankrup. Tiada duit. Waktu itu, krisis ekonomi dan Dubai pula sedang buat banyak sgt projek yg luar biasa mahal seperti Burj Khalif

Cuti-cuti Di Fes El-Bali Marocco

Image
Sekadar berkongsi!! Merhaba Morocco Pada aku Morocco antara negara yang hebat  dari sudut peradaban ilmuan dan sangat cantik. Di bumi Morocco, letaknya universiti tertua di dunia iaitu Jamiah Al-Qawariyyin di tengah-tengah Fes El-Bali. So, tak hairan la kiranya peradaban keilmuan negara berkenaan sangat hebat. Catatan perjalanan aku bermula dari Airport Rabat. Aku menjadikan kota Rabat sebagai gerbang aku memasuki Morocco atau Maghribi. Dari Rabat kembara aku di bumi Morocco bermula. Aku menaiki bas ke Rabat Ville dengan harga MAD25. Rabat Ville adalah station train paling dekat dengan Airport Rabat. Pilihan lain untuk ke Rabat Ville ialah taxi MAD200. Bas dan taxi boleh naik betul-betul depan airport dan akan stop berhampiran Rabat Ville. Kembara aku di Morocco lebih tertumpu di Fes dan Marakech. Dari Rabat Ville aku akan menggunakan train ke kota Fes yang akan memakan masa selama 3 jam untuk tiba di bumi pengeluar barangan kulit berkualiti tinggi di dunia. Bayaran yang aku untuk trai

Cara Melanggan Insurans Umrah Medic Pilgrim

Image
1) Emel atau Whatsapp info berikut ke Ustaz Afiq (Staf Medic Pilgrim yang menguruskan pendaftaran) 1. Nama Penuh 2. Nombor Passport 3. Tarikh Lahir 4. Jantina 2) Buat Bayaran RM70 (Visa Pelancong) atau RM40 (Visa Umrah) ke Akaun Bank berikut; Bank Islam 1416 2011 003455 Tetuan Annaim Enterprise 3) Emel atau whatsapp Bank slip/Resit pembayaran ke Ustaz Afiq (+6013 210 4870) Procedure Rawatan pesakit Luar menggunakan Polisi Medic Pilgrim 1. Lokasi Hospital Albayt adalah di tingkat 11 Clock Tower, Mekah (Sama level dengan Lobby Hotel Movenpick) 2. Rawatan percuma untuk pesakit luar di Hospital Albayt di tingkat 11 Clock Tower, Mekah menggunakan Polisi Medic Pilgrim 3. Semasa pendaftaran perlu bawa passport dan polisi medic pilgrim 4. Lepas pendaftaran, pergi ke ruang Klinik untuk berjumpa dengan doctor. Masa menunggu sekitar 10-15 Minit sahaja. 5. Selepas selesai check up, doktor akan berikan preskripsi. Bawa preskripsi tersebut ke Farmasi di tingkat bawah sekali Clock Tower iaitu berhada

Bali Trip 5 hari 4 malam Dengan Kapal Terbang Citilink

Image
Trip kami bermula 31 Disember 2019 - 4 Januari 2020 Kami ambil keputusan untuk ke Bali baru-baru ini walaupun kami tahu kini Bali mengalami musim hujan dengan taburan yg agak tinggi. Tapi Alhamdulillah trip kami tidak menghampakan. Kami dpt tiket penerbangan murah, menggunakan citilink, anak syarikat Garuda Airlines, sebuah syarikat penerbangan tambang murah yg turut dilengkapi makanan percuma pergi dan balik serta bagasi 10kg pergi dan balik (tidak termasuk hand luggage 7kg juga percuma) Kalau air asia makanan dalam flight adalah berbayar, setiap tambahan berat bagasi juga turut berbayar. Sepanjang di Bali, perjalanan kami adalah 100% menggunakan motorsikal skuter. Dgn motor ini shj kami dpt pergi ke semua list yg kami inginkan. Klu kalian memilih kereta, agak sukar utk capai keseluruhan tempat wisata yg kami list dlm itinerary. Ini kerana keadaan trafik di Bali adalah sgt tinggi dan jalan yg tidak lebar menyukarkan kereta utk memandu lebih laju. Semua tempat yg kami tuju adalah mengg

Cerita Dalam Group Wasap Sekolah Anak

Image
Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku. 😂😂 Tolong la mak bapak jangan buat macam ni 1) cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup or tak dalam beg setiap hari sebelum balik Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak bapak lain geledah beg demi anak kau. Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu,barang hilang nak marah. Please la. Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi. 2) Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat, dan kawan SUDAH minta maaf, ajar anak untuk memaafkan. Bukan mak bapak masuk sekali. Anak kita pun bukan BAIKKKK sangat, kalau dia buat orang atau dia mula kan dulu, mana kita tahu. Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan. Kalau kes tu berulang 3kali

Umrah DIY Step By Step

Image
Masjidil Haram, Makkah 1) Apply Visa (RM530.21) [https://visa.visitsaudi.com/Visa] 2) Purchase Flight Ticket (RM2000-RM3000) [https://www.skyscanner.com.my/transport/flights-from/kul/?adultsv2=1&childrenv2=&cabinclass=economy&rtn=1&preferdirects=false&outboundaltsenabled=false&inboundaltsenabled=false&oym=1911&iym=2005] 3) Book Hotel (Harga bergantung pada jarak hotel) Rujuk posting list of hotel (kita pernah kongsikan maps bagi memudahkan utk buat pilihan) 4) Book Transport (Anggaran RM500) Rujuk posting Umrah Cab atau perkongsian2 lain tentang transport 5) Insurans Semasa UMRAH [https://www.maya-takaful.com/getonline/tripcare-360-takaful](RM91 sebelum discount 25% with online purchase) Medic Pilgrim (RM70) 6) Book Mutawwif/Mutawwafifah Ramai sahabat2 mutawwif dan mutawaffifah dalam group ni (pilih je mana yang berkenan di hati). Jangan lupa minta sekali pakej ziarah Mekah/Madinah/Taif dan kawasan2 sejarah yang berdekatan. 7) Attend Kursus Umrah Nak per

Tips Backpack Ke Mekah Untuk Umrah

Image
NOW EVERYONE CAN PERFORM UMRAH Sedikit summary perjalanan Umrah DiY beserta table pengiraan dan info2 yang berkaitan. Flight (kos/individu) – saya letak harga RM2500 hanya anggaran kasar +- range sekitar RM2300-RM3000 (cuba elakkan peak-season). Boleh survey di website spt skyscanner atau lain2. Visa (kos/individu) – harga SR465 apply online utk visa tourist (study do’s and don’ts kerana kalau silap no refund) Insurance (kos/individu) – tidak wajib tapi digalakkan utk ambil. Etiqa Tripcare 360 Takaful (Platinum RM91 *beli online dapat discount 25%) dan additional Medic Pilgrim (RM70 *recommended) Hotel (kos/sharing) – kos ini akan dikongsi mengikut jumlah traveller. Harga hotel biasa bergantung pada jarak/bintang hotel yang dipilih bermula serendah SR50 ke SR1000 dan ke atas Transport (kos/sharing) – boleh download application Umrah Cab atau lain2, terdapat beberapa pilihan kenderaan dari kereta hingga ke Bas. Beberapa tips utk kurangkan kos transport ialah cuba elakkan perjalanan di w

Tips Kelayakan Kereta Berdasarkan Gaji Bulanan

Image
Kereta merupakan kenderaan yang paling digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini berikutan, pengangkutan awam kita masih lagi tidak sebagus berbanding negara maju yang lain seperti Singapura. Jadi, keretalah yang banyak digunakan oleh kita bagi tujuan pengangkutan sehari-hari. Boleh dikatakan, setiap rumah di Malaysia mempunyai sekurangnya 1 buah kereta. Disini diberikan cara pengiraan kenderaan yang mampu anda beli mengikut gaji bulanan. Harga kereta : Gaji bulanan x 12 Contoh. Gaji bulanan anda RM2000 sebulan. Harga kereta: RM2000 x 12 = RM24000 Jadi kereta yang sesuai dengan kemampuan anda ialah Perodua Axia. Ukur baju di badan sendiri ya... Bila kita mempunyai kereta, banyak lagi perbelanjaan lain yang diperlukan untuk sesebuah kereta. Seperti kos baik pulih, kos petrol, kos cukai jalan & insurans serta kos ubah suai bagi yang kaki make up kereta. Yerlah, bila tengok kereta orang lain cantik dengan sport rim baru, player baru, kita pun apa lagi, tambah sport rim dan sebaga

Percuma RM30 Ewallet TNG e-Tunai Rakyat

Image
Siapa nak RM30 free- free je? Meh sis belanja cara2 camne nak kutip rm30 korang.. kerajaan bagi duh.. hambik la.. sapa taknak agak kurang bijak di situ.. boleh claim duit korang rm30 dekat touch & go e-wallet ok.. fyi, ini ads free je.. sis xdpt sesen pun na.. sis saja nak share dgn kengkawan adik kakak abang.. jgn lps ni duk dm mintak sis payung hampa.. sis pun kering kontang la ni. Ok camni cara dia: 1) download dan register touch n go e-wallet account (sapa dah ada bagus, tepuk bahu sendiri) 2) tgk pic 2nd.. klik kat dlm bulatan merah itu.. 3) mcm dlm pic 3 actually cr la kat bwh skit tu ada butang verify account.. kene klik utk verify kome.. nnt dia minta gamba front IC kome dan gamba selfie kome.. so yg hijabista tu boleh lah pakai tudung siap2 sebelum nak klik butang verify.. 4) siap semua dah kan.. tunggu la sampai 15-Jan-2020

Bayaran Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 1 Tahun 2020

Image
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau mengemaskini maklumat sekiranya permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan pemohon orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari ini kepada 3.8 juta penerima berdaftar dalam kategori isi rumah membabitkan peruntukan RM1 bilion. Ia membabitkan penerima dengan pendapatan bawah RM2,000, RM2,001 hingga RM3,000 serta RM3,001 hingga RM4,000. Menteri Kewangan, berkata pangkalan data BSH 2019 telah melalui beberapa proses tapisan daripada agensi kerajaan, antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020. “Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklu

Tips Guna Unlimited Internet Dari HP

Image
Cara ether tanpa habiskan kuota data? Apa itu tether? Tether adalah menyambungkan peranti pintar anda ke laptop atau komputer melalui kabel usb. Penyambungan boleh datang dalam media yang berbeza samada melalui wifi, bluetooth atau USB. Kebiasaannya fungsi tether adalah untuk berkongsi internet dari telefon pintar ke laptop dan jika anda berkongsi internet menggunakan wifi dari telefon pintar ke laptop/peranti pintar lain maka ia dipanggil  hotspot mudah alih. Kenapa aku bercerita tentang tether kali ini? Aku rasa ramai orang yang dalam situasi seperti aku. Mempunyai pelan internet tanpa had di peranti pintar tetapi mempunyai kekangan had kuota untuk hotspot. Jadi macamana untuk tether tanpa menghabiskan data kuota anda? So disini aku tunjukkan caranya. Khas untuk android sahaja ok. Benda yang perlu diinstall di telefon Pdanet+ dapatkan dari playstore. Ini trial version, untuk full version boleh beli di playstore. Benda yang perlu di install di laptop/komputer Pdanet+ for windows Insta

Tips Jalan2 Cari Makan Kluang Johor

Image
Kluang : Half Day Train Trip ================================= Next thing to consider adalah aktiviti apa nak buat dekat Kluang ni. List aktiviti dan harga seperti berikut : • Lunch at Rumah bawah Kolong: RM5 - Rm 8 depends on lauk apa you ambil. Nasi campur tema dia • Gunung Lambak : Free entrance fee Pakai sport shoes kalau plan ke Gunung Lambak dia punya curam bila turun tu fuhh 😅 cuma sport shoes je mampu tanggung • LA daily Goat Farm : Free entrance bayar RM5 untuk rumput, to feed the animals like deer, cow, horse, and rabbit. • Return Train ticket Kulai - Kluang : RM24 / pax • Half day tour 12pm - 5 pm with uncle Eddy inclusive pakej ambil gambar : RM 100 Uncle ni pandai ambil gambar and angle dia cantik. Even posing semua dia ajar. Uncle Eddy Chow. Tour dengan uncle Eddy Chow ni best, sebabnya dia jenis ramah and selalu buat suasana meriah. So takdalah korang kemurungan nak buat setiap activity tu. Nak mengantuk pun tak sempat! For me it’s worth RM 100 for 3 pax dapat buat 6 ak

Tips Dan Itinerari Melancong Ke USS Singapura

Image
Merlion Park, Singapore Nak share trip ke Singapore 26-27 Disember baru2 nih. Kami pergi 2 org je. N ni first time pergi sendiri Lps cop passport naik bas kuning. Kami naik bas CW1..sorg RM1.50. Mula2 nak naik bas ekpress Transtar direct terus ke Singapore. Tp kami pergi ari cuti sehari pas Krismas kan so mmg org pack skit. Driver bas ckp klo naik Transtar ni dia xleh tggu klo lama sgt kt immigration. So dia suggest naik je bas kuning ape2 sb smua nk msk Singapore. Day 1 —> Singapore Zoo. Kitorg naik teksi dr Woodlands Checkpoint tu sb dorg ckp xde bas ke zoo. Teksi 7.50sgd. Tiket zoo 36sgd beli kt kaunter je sb xsure nk pergi ke x. Beli kt Klook murah skit. Mmg best sgt sb tmpt dia besar n binatang pun sihat2. Bnyk binatang yg rare yg kita x pernah tgk Operation hours: 8.30am - 6.00pm —> Merlion Park. Org rmai kt sni sb nk tgkp gmbr kt patung lion tuh. Kitorg cepat2 tgkp gmbr pastu kitorg g cari tmpt mkn. Lapar gila sb skip lunch. Biasa lah dlm zoo mknan mahal skit..sma je ngn M

Tips Dan Itinerari Ke Bangkok Dan Lopburi Thailand

Image
🌸Trip Bangkok NYE 2020🌸 Baru sampai Malaysia. Otak tgh fresh. So,ni simple iti yg aku boleh taip, kalau nak complete sekali transport, pm aku.aku bt iti complete details. kat bwh ni aku hnya cerita tmpt aku pi saja. nt aku bagi file excel.ok😉 Bajet kami RM600 lebih kurang,untuk 6hari. Share 3orang. Termasuk transport,makan,hotel. Utk shopping pulak,ikut nafsu hampa. Rate aku tukaq(pandai2 bajet ok): Rm100=760B di Malaysia, Rm100=698B di Money Changer Bangkok, Rm100=722B di CIMBThai (aktifkan dlu oversea withdraw) 📆Hari pertama (28.12.2019) 🚂Train Padang Besar > Hua Lamphong ** lbh krg 6pm-12pm. 18jam ya dlm  tu. sila bwk bekalan mkanan,dlm tu ada servis makan tp xtau halal ka dak ** RM126 untuk upper bed, RM139 untuk lower bed. 2nd Class. Beli dlm on9 SRT. ikut lah nak selesa yg mana. atas sempit sikit takda tingkap, bwh luas sikit ada tingkap. 📆Hari kedua (29.12.2019) 🛏 Mellow Fellow Hostel ** Book female dorm 8bed, thru Agoda. Book awai so dpt la harga satu katil untuk 3mlm

Tips Dan Itinerari Menaiki Keretapi Transiberia

Image
ITINERARI RINGKAS KEMBARA DENGAN KERETAPI TRANSIBERIA DARI VLADIVOSTOK KE MOSCOW. (Base on travel date Ogos 2017.) 1. Dari KL, boleh ambik flight ke Seoul. Then boleh tidur 1 malam dulu di Seoul atau just transit. Tapi make sure ada masa tak kurang 6 jam sebab akan tukar flight. Kena collect luggage dan check in semula. 2. Dari Seoul ke Vladivostok , naik Aurora Airlines. Flight dari seoul ke Vladivostok dalam 2 jam macam tu. 3. Stay 1  atau 2 hari di Vladivostok. Di Vladivostok anda boleh cuba naik funicular ke Eagle Nest Hill untuk lihat view cantik kota Vladivostok. Selain itu, kalau nak merasa suasana dalam kapal selam, boleh pergi submarine muzium. Ada banyak kapal selam yang telah diubahsuai menjadi muzium. 4. Dalam kembara Transiberia ini, saya decide untuk stop dan berhenti bermalam di 4 lokasi iaitu 1. Irkutsk 2. Ekatarinburg 3. Kazan 4. Moscow. 5. Perjalanan pertama dari Vladivostok ke Irkutsk dengan train nombor 99. Keretapi akan bergerak pada pukul 1 pagi waktu Vladivostok.