Rumah Lelong Di Bukit Merah Laketown Resort

Iklan rumah lelong Bukit Merah

Hartanah / rumah merupakan antara aset yang boleh dikatakan mempunyai nilai kenaikan yang agak tinggi dan pelaburan yang selamat berbanding saham dan lain².

Rata² orang kita pada 80an hingga akhir 90an masih belum terbuka untuk menceburi bidang hartanah, khususnya rumah lelong. Rumah lelong, bagi saya merupakan cara mudah untuk mendapatkan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga semasa di sesuatu kawasan.

Bersesuaian dengan tajuk di atas, antara tempat yang banyak terdapat rumah yang dilelong ialah di BMLR. Dari pemerhatian saya, unit yang dilelong di BMLR adalah disebabkan unit² tersebut telah dijual dengan harga yang terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Walaubagaimanapun, ramai pembeli telah terperangkap dengan janji oleh pemaju dengan menawarkan insentif yang sangat menarik kepada pembeli. Apa yang saya pelajari, sentiasa berwaspada jika terlalu banyak janji manis yang bakal diberi kepada kita. Mungkin ada udang disebalik ‘mee’.

Comments

Popular posts from this blog

CERITA LAWAK: Group Whatsapp Persatuan Perduduk Taman

PNB Beri Bonus 1sen Pada 1 Mac 2018 Sempena Ulangtahun Ke-40

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini